Ya Allah, Pilihlah aku..
Bismillah..
Setiap yang Muslim itu terpikul bebanan dakwah di bahunya. Ya, setiap dari kita.
"Man qala lailaha illallah fahuwa da'i"
Jadi di sini aku ingin mengutarakan sifat yang perlu ada pada seorang da'i atau lebih khususnya dengan terma 'Abnaul Harakah'. Ya, anak-anak gerakan (Islam). Jika kita mendakwa diri kita sebagai abnaul harakah, maka ketahuilah.. memadailah pada diri kita satu sifat yang mana jika tiada sifat ini, maka cacatlah pergerakan kita.
Mereka itu sentiasa..
Allah bertanya kepadanya,“Wahai Mujahid, kenapa kamu masuk ke dalam syurga?”
Berkatalah oleh dia kepada Allah, “Aku masuk ke dalam syurga kerana aku mati syahid, kerana berjuang ke jalanMu ya Allah. “
Kemudian Allah menjawab, “Kau cuma berdusta, kau sebenarnya bukan berjuang untuk aku, tetapi kau berjuang dan syahid hanya untuk dikenang sebagai wira dan mahu diangkat sebagai hero didalam masyarakat selepas kematianmu..” Maka dengan itu, si mujahid ini, dilemparkan ke dalam api neraka.
"Berdoa kepada Allah agar diri mereka dipilih di dalam jalan perjuangan yang benar."
Bayangkan..kehidupan duniawi ini umpama sebatang tubuh yang hanyut di dalam laut yang berombak. Terpukullah tubuh itu oleh ombak ke timur dan barat. Maka, jika dipilih oleh Allah di dalam jalan perjuangan, umpama kita diselamatkan.. Batang tubuh itu diselamatkan yakni diangkat masuk ke dalam perahu. Perahu itu terus belayar menuju ke destinasi selagi mana kita istiqamah.
Namun, jika tidak dipilih oleh Allah, maka terus hanyutlah kita dibuai badai ombak duniawi. Maka dengan itu, lazimilah oleh kita akan sifat yang sentiasa berdoa kepada Allah agar dipilih di dalam jalan perjuangan yang benar. Insya Allah.
Namun begitu, terpilih di dalam jalan perjuangan bukan lagi menandakan kita sudah selamat. Ketahuilah bahawa tetap juga terpalit di jalan perjuangan itu akan ujian-ujian yang menggigit.
Dikhususkan kepada sang mahasiswa akan 2 ujian yang akan mereka tempuh jika dipilih oleh Allah di dalam jalan perjuangan yang benar.
1. Keikhlasan
Berada di landasan perjuangan tanpa sifat ikhlas menandakan kerugian yang sangat besar. Apalah ertinya perit jerih yang dilalui jika amal yang dilakukan tidak ikhlas. Jika dinaiatkan bukanlah semata-mata menuju redha Allah SWT.
Kita takut apabila disoal oleh Allah akan amalan kita di akhirat kelak..
Berkatalah oleh dia kepada Allah, “Aku masuk ke dalam syurga kerana aku mati syahid, kerana berjuang ke jalanMu ya Allah. “
Kemudian Allah menjawab, “Kau cuma berdusta, kau sebenarnya bukan berjuang untuk aku, tetapi kau berjuang dan syahid hanya untuk dikenang sebagai wira dan mahu diangkat sebagai hero didalam masyarakat selepas kematianmu..” Maka dengan itu, si mujahid ini, dilemparkan ke dalam api neraka.
Nauzubillahi min zalik. Maka menjadi kewajipanlah untuk setiap para duat itu untuk mentajdid(memperbaharui) niat mereka di stiap masa.
2. Akademik
"Akademik memang nombor 1. Tapi dakwah bukan nombor dua."
Memang benar amanah utama kita sebagai seorang pelajar adalah menuntut ilmu. Tetapi amanah sebagai seorang Muslim pula jangan diabaikan. Maka kedua-dua amanah ini perlulah jalan seiring. Ketahuilah bahawa kegagalan kita dalam menjuarai hal akademik bakal mengundang fitnah yang besar kepada Islam. Begitu juga sebaliknya, Maka mahu ataupun tidak, kita perlulah bijak menguruskan masa dalam membahagikan kedua-dua amanah ini agar dapat dilaksanakan dengan cemerlang.
Ya, masa kita tidak seperti masa kawan-kawan kita yang lain. Tanggungjawab kita melebihi waktu yang kita ada. Namun itulah kemuliaan yang ada pada kita..
Wallahualam..
يٰۤاَيُّهَا الَّذِيۡنَ اٰمَنُوۡا لِمَ تَقُوۡلُوۡنَ مَا لَا تَفۡعَلُوۡنَ. كَبُرَ مَقۡتًا عِنۡدَ اللّٰهِ اَنۡ تَقُوۡلُوۡا مَا لَا تَفۡعَلُوۡنَ.
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."
As-Saff: 2-3