Pengalaman yang Mematangkan (Part 1)

 Bismillah.


Dah lama terfikir untuk berkongsi sedikit berkenaan perjalanan hidup aku. Dah lama terbuku di hati. Saat ni baru jari aku digerakkan untuk menaip. Alhamdulillah.

I used to believe,

Aku sangat bertuah dengan melalui apa yang telah aku lalui. 

Walaupun rasa itu kian kabur tapi rasa syukur itu masih ada dan aku akan terus berjuang untuk menyuburkannya. Insya Allah.

Hmm..nak mula dari mana ni?

Ada banyak key penting dalam hidup aku jika ingin dikongsikan. Masing-masing ada peranannya tersendiri dalam membentuk aku yang sekarang. Semuanya tersimpan rapi di dalam dada dan bukanlah semuanya aku kongsikan dengan orang sekeliling. Apatah lagi jika nak dikongsikan ke khalayak umum kan.

So, rasanya penulisan kali ni baik kiranya aku kongsikan pengalaman kerja aku? Menarik!

Jom kita mulakan fasa semasa sekolah menengah hingga habis SPM.

Waktu muda ni aku sering menjadi pekerja katering kenduri. Kebetulannya ada kawan rapat yang keluarganya mengusahakan perniagaan katering kenduri kahwin. Jadi selalulah jugak hujung minggu aku terisi dengan menjadi pekerja yang membantu urusan katering kenduri. Kutip pingan-mangkuk, cuci pingan, basically semua kerja yang diperlukan kami akan buat sama-sama. Ye lah, masa muda tenaga banyak dan rajin. Jadi kita buat je apa yang perlu.

Selain itu, antara pengalaman yang berharga dan segar di ingatan adalah aku bekerja sebagai pelayan restoran semasa cuti sekolah lepas PMR. Restoran yang jauh dari rumah. Asalnya aku akan pergi bekerja manaiki bas tambang seawal 7 pagi dah tunggu bas. 7.30 pagi sampailah restoran. Seawal 8 pagi dah mula kerja-kerja yang perlu untuk membuka kedai.

Kemudian aku membuat keputusan untuk tinggal di hostel yang disediakan restoran. Hostel tu terletak di atas kedai tu sendiri. Rumah kedai 2 tigkat kan. Kerja kedai makan ni pengalaman yang sangat mahal sebenarnya sebab kita berpeluang untuk berinteraksi dengan ramai orang. Macam-macam orang kita akan jumpa. Dari yang ok, banyak songeh, kurang hajar dan macam-macam lagi jenis orang. Secara tak langsung kita dilatih untuk adapt dan hadap pelbagai ragam manusia. Pengalaman itu sudah pasti akan mematangkan kita.

Segar di ingatan bila tauke kedai bertanya, "Shafiq, kamu ni anak yatim piatu ke?". Tergelak aku mendengar soalan macam tu. Agaknya mungkin dilihat aku ni komited semasa bekerja dan jarang pulang ke rumah. Mungkin itu menyebabkan tauke terfikir macam tu.

Dalam bidang pelayan restoran ni kiranya aku ada 3 pengalaman. Satunya kedai yang popular menjual Mee Kari dan tengah harinya jual nasi campur. Ni yang aku kongsikan kat atas tu. Keduanya kedai mamak. Tak ramaikan orang melayu kerja kedai mamak?hehe. Aku masa muda kerja kedai mamak beb. Dan ketiga gerai kecil di pasar yang fokus menjual air, nasi lemak, kuih-muih dan malamnya jual satay.

Muda-muda dah banyak pengalaman bekerja. Bukan sebab apa, sebab kalau nak duit belanja lebih kenalah isi masa lapang dengan bekerja. Aku ni bukannya dibesarkan dalam keluarga yang senang. Tak susah dan tak senang. Cukup-cukup je. Kawan-kawan aku pun lebih kurang macam aku jugak. Yang lebih susah pun ada. Jadi circle aku masa muda ni memang yang jenis akal panjang dan berfikir sendiri untuk survive.

Aku yakin, pengalaman bekerja seawal usia muda sebenarnya berperanan besar dalam membentuk peribadi dan pengalaman diri aku. Sedikit sebanyak mematangkan aku.

Aku juga ada pengalaman sebagai promoter di pusat membeli belah. Yang ini sekitar lepas SPM rasanya. Pernah menjaga bahagian mainan di pasaraya The Store dan pernah menjadi promoter barangan kulit seperti beg tangan, dompet, tali pinggang dan lain-lain di pasaraya Billion.

Apa penatnya kerja di pasaraya ni? Penat berdiri hehe. Tapi pengalaman sebagai promoter barangan kulit banyak menambah ilmu aku tentang barangan kulit. Dengan adanya pengalaman tu, mata aku ni lebih peka apabila melihat produk kulit. Aku tahu mana yang berkualiti, dan mana yang tidak. Aku tahu mana yang akan bertahan lama, mana yang akan cepat rosak. Aku tahu mana yang tulin dan mana yang palsu. Menarik kan. Sebab tu lah kalau membeli barangan kulit ni aku memang akan cerewet sikit hehe.

Setakat yang aku ceritakan ni adalah pengalaman aku semasa berada di fasa sekolah menengah sehinggalah selepas habis SPM. Lepas SPM aku sambung pelajaran di peringkat Diploma di Politeknik pula.

Selepas habis Diploma pulak banyak benda aku nak kongsikan bekernaan pengalaman kerja ni. Tapi mungkin aku sambung di tulisan yang lain pulak sebab dah panjang sangat aku menaip ni.

Selesai part 1 perkogsian pengalaman kerja aku. Nanti aku sambung part 2 pulak. Part 2 lebih menarik insya Alllah hehe.Sekian.
Powered by Blogger.