Saling Nasihat Menasihati
Bismillah.
Kita sangat memerlukan nasihat dalam kehidupan kita sehari-hari. Sama ada kita yang memberi mahupun kita yang menerima. Adakalanya kita pasti akan terfikir, layakkah aku menasihati orang lain sedangkan diri aku sendiri penuh dengan kesilapan?
Maka eloklah aku panjangkan kepada semua kalam mutiara dari Imam Hassan al-Basri untuk kita jadikan pedoman kita.
Di samping itu, ingatlah hidup kita perlukan nasihat. Jangan bersifat keras hati dalam menerima nasihat. Jangan menganggap nasihat itu sebagai satu serangan terhadap diri kita. Ketahuilah apabila kita kehilangan nasihat dari orang lain kerana sikap keegoan kita dalam menerima nasihat, maka kita telah kehilangan sesuatu yang sangat bernilai dalam hidup kita!
Fikir-fikirkan, mengapa kita menolak sesuatu yang amat kita perlukan? Nasihat jujur dari orang-orang yang sayangkan kita adalah sesuatu permata yang sangat bernilai untuk diri kita.
Berilah nasihat, terimalah nasihat.
Wallahualalam.

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka sedikitlah orang yang memberi peringatan." (Imam Hassan al-Basri)