Peta Dunia Versi Islam
Muat turun fail saiz besar:
Eh? Peta dunia pun ada versi Islam? Ishh, mestilah ada. Tau apa bezanya dengan versi yang kebanyakan yang sedia ada? Dalam peta-peta yang lain, kalau korang try search kat google image,, mesti dalam peta tu tertulis Israel menggantikan Palestin. Tak muat nak letak Palestin kot sebab kecik sangat, padahal kita orang Islam tidak penah mengiktiraf pendudukan orang-orang Yahudi Israel di tanah suci Palestin. So, aku edit la peta tu cerita dia!haha.
Ade tambahan lagi. Mengikut peredaran semasa, di zaman akhir ini, aku edit advance lagi sikit peta tu. Aku telah menggariskan dan boldkan nama sempadan tanah-tanah yang menjadi watak-watak utama Islam di akhir zaman. Antara yang telah aku garis dan boldkan namanya adalah:
- Afghanistan
- Syria
- Palestin
- Mesir
- Turki
- Yaman
- Arab Saudi
Err..aku garis & boldkan juga Saudi Arabia. Sekadar kerana dua tanah suci Islam terletak disitu. Kita semua sudah sedia maklum an kepincangan yang ada dalam keluarga Saud, kepincangan dalam kepimpinan Wahabi mereka. Just yang kita pasti Allah akan tetap pelihara tanah-tanah suci yang berkenaan & 2 tempat itu juga adalah pentas utama akhir zaman. So, take note.
Actually aku garis dan boldkan tanah Malaysia sekali..haha. Bukan aku nak kata Malaysia itu juga watak utama Islam akhir zaman. Cuma sekadar mengingatkan diri, itulah tanah perjuangan kita rakyat Malaysia. Sedih sangat sekarang nih, Malaysia tak nampak langsung condong ke mujahidin Islam. Ahh, malas aku nak cite lebih.
Ape nak buat dengan peta tu? Sebenarnya, aku obses dengan peta dunia. Harapannya, selepas menziarahi 3 tempat suci Islam uh, aku nak jalan-jalan satu dunia, kalau mampu la time tu..hehe. So aku nak cadangkan sepertimana yang telah aku buat, instead of korang beli peta kat kedai, lebih baek korang buat-print sendiri. Asalkan ada kertas n printer yang berfungsi je. Boleh buat saiz besar lagi, even bigger daripada apa yang aku tampal kat bilik aku pun boleh. Kalau versi bilik aku punya, aku guna lebih kurang 4 helai kertas A4.
Meh Aku Nak Ngajor
Gunakanlah kemahiran editing korang. Kalau macam aku, aku guna Adobe Illustrator. Oleh kerana aku guna printer biasa je, yang boleh print saiz A4, so aku pecahkan gambar peta yang gedabak uh kepada lebih kurang 4 helai kertas A4.
1) Mula-mula buat gini;
Nampak an, aku divide siap molek-molek ikut saiz A4. Then senang nanti korang nak crop/clipping mask satu-satu.
2) Ringasannye, ginilah lakarannya;
Then korang print la satu-satu. Guna saiz A4. Kalau guna Adobe Illustrator tu senang, korang boleh terus print dengan saiz A4 terus. Kalau nak guna Publisher pun boleh, ikut kreativiti masing-masing lah.
3) Al-Hasilnya!
Belakang pintu bilik..haha |
Adios amigos, selamat download dan selamat mencuba !