Disiplin pemakanan Rasulullah SAW



1. Membaca doa sebelum makan;

2. Memulakan dengan nama Allah;

Dari Amru bin al-'As, sabda Rasulullah SAW:



ertinya,
" Ya Allah, berkatilah rezeki kami dengan apa yang kau telah berikan kepada kami dan jauhi dari seksa neraka. Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. " HR Ibnu Sunni


3. Makan secara berjemaah;

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
" Berjemaahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandungi berkat bagimu. " Silsilah hadis-hadis soheh no. 664

4. Duduk ketika makan;
" Aku melihat Nabi s.a.w. duduk secara muq’i (مقعي) ketika makan kurma. " HR Muslim

2 pendapat ulama' dalam maksud muq'i:
  • Duduk dengan cara meletakkan dua punggung di atas tanah dan mengangkat kedua-dua lutut dan pahanya (Imam Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim 13/195) atau duduk dengan mengangkat kaki kanan dan duduk atas kaki kiri (Ibnu Hajar dalam Fathul Bari 9/542).
  • Duduk dengan cara meletakkan punggung di atas dua tapak kaki (Annihayah 4/78). Pendapat ini juga dipilih oleh Syeikh Uthaimeen (Syarah Riyadh Assalihin 7/238).


5. Makan menggunakan tangan kanan;

6. Makan makanan yang berhampiran;

Dari bin Abi Salamah menceritakan;
Aku adalah kanak-kanak yang tinggal serumah dengan Rasulullah SAW. (Suatu hari aku makan bersama baginda) dan ketika makan itu tanganku bergerak ke segenap dulang (untuk mengambil makanan). Lalu baginda berkata kepadaku; “ Wahai anak! Mulakanlah makan dengan menyebut nama Allah, makanlah dengan tangan kanan dan makanlah makanan yang hampir denganmu ”. Sejak selepas itu, berterusan adab tersebut menjadi cara makanku. HR al-Bukhari


7. Makan menggunakan 3 jari;

Rasulullah SAW selalu makan dengan ketiga jarinya. Setelah selesai makan, Rasulullah SAW pun akan menjilati ketiga jarinya itu. HR Muslim


8. Kutip makanan yang terjatuh;

9. Menjilat jari sesudah makan;

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
Jika satu suap makanan salah seorang diantara kalian jatuh, ambillah, lalu bersihkan kotorannya, jangan dibiarkan untuk syaitan. Jangan membersihkan tangannya dengan sapu tangan, namun jilatlah jari-jarinya kerana dia tidak mengetahui bahagian mana dari makanannya yang mengandungi keberkatan.HR Muslim


10. Larangan mencela makanan;

Dari Abu Hurairah yang bermaksud,
Nabi SAW tidak pernah mencela makanan sedikitpun. Sekiranya baginda berminat, pasti baginda akan memakannya. Dan jika baginda tidak menyukainya, baginda akan meninggalkannya. " HR al-Bukhari dan Muslim


11. Galakan bercakap ketika makan;
  • Bercakap yang baik-baik;
  • Tentang para soleh dan solehah; 
  • Memuji makanan; dll.

Dari Jabir yang bermaksud,
" Suatu ketika Nabi meminta lauk daripada salah seorang isterinya, lalu isterinya mengatakan, “Kami tidak mempunyai lauk lain kecuali cuka”. Nabi lantas minta diambilkan cuka tersebut. Nabi mengatakan sambil mula makan dengan lauk cuka, “Sebaik-baik lauk adalah cuka, sebaik-baik lauk adalah cuka.HR Muslim


12. Tidak bersandar ketika makan;

Dari Abu Juhaifah beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda,
" Sesungguhnya aku tidak makan sambil bersandar. " HR Abu Dawud dan Ibnu Majah


13. Membaca doa selesai makan.

Dari Ibni Said, sabda Rasulullah SAW:


ertinya,
" Segala pujian bagi Allah yang telah memberi makanan dan minuman kepada kami, dan yang telah menjadikan kami orang-orang muslim. " HR Abu Daud




Dari Anas bin Malik telah bersabda Rasulullah SAW kepadaku,
" Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku maka ia telah cintakan aku dan barangsiapa yang cintakan aku maka dia bersamaku di dalam syurga ". HR At-Tarmidzi
Powered by Blogger.