Mari Beristighfar


Firman Allah SWT, mafhumnya:
" Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya). " Surah Nuh 71: 10-12

Al-Imam al-Qurtubi berkata: "Firman Allah s.w.t. bermaksud: "Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu." Iaitu Dia akan mengirimkan air dari langit (hujan yang lebat). Firman Allah yang bermaksud: "Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)." Berkata al-Sya'bi: "Umar pernah keluar untuk memohon hujan kemudian beliau pulang (tanpa menunaikan sebarang solat), setelah itu, hujan turun. Orang ramai bertanya kepadanya: "kami tidak melihat anda memohon diturunkan hujan (dengan menunaikan solat al-istiqa')!" 'Umar menjawab: "Sesungguhnya aku telah memohon hujan dengan anak kuncinya. Kemudian beliau membaca firman Allah yang bermaksud:
" Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu. " Surah Nuh 71: 10-12 

Perkataan 'majadih' (yang diterjemahkkan sebagai anak kunci) asalnya dari perkataan 'mijdah' yang bermaksud bintang. Ini kerana masyarakat Arab dahulunya menyangka bintang itu menurunkan hujan. Lalu 'Umar r.a. hendak menjelaskan kesalahan sangkaan itu, maka beliau menjelaskan bahawa beliau memohon hujan dengan sebab yang betul iaitulah dengan (banyakkan) beristighfar bukan dengan memohon kepada bintang.

Kata Ibn Subaih: Pernah juga seorang lelaki mengadu kepada al-Hasan tentang kemarau, beliau menjawab: "(banyakkanlah) Beristighfar kepada Allah." Datang orang lain pula mengadu kepadanya tentang kefakiran yang dialaminya, beliau menjawab: "beristighfarlah kepada Allah". Datang lagi kepadanya seorang lelaki dan berkata: "Doakanlah kepada Allah supaya Dia mengurniakan anak kepadaku." Beliau menjawab: "beristighfarlah kepada Allah." Datang orang lain pula mengadukan tentang kebunnya yang kering, beliau menjawab: "beristighfarlah kepada Allah." Kami bertanya kepada al-Hasan tentang jawapan-jawapannya itu, beliau menjawab: "Aku tidak mengatakan sesuatu dari diriku, kerana sesungguhnya Allah SWT telah berfirman di dalam surah Nuh:
" Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya). " Surah Nuh 71: 10-12


Beberapa Sighah Istighfar

1. Dari Shaddad bin Aus r.a., Nabi SAW bersabda: "Penghulu istighfar ialah dengan kamu membaca:









Mafhumnya: " Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan yang disembah melainkan Dikau yang telah menciptaku. Daku adalah hambaMu dan daku berada di atas perjanjianMu sekadar mampuku, daku berlindung denganMu dari kejahatan apa yang telah daku lakukan, daku mengaku kepadaMu banyaknya nikmatMu kepadaku, dan daku juga mengaku banyaknya dosaku, oleh itu ampunilah daku, kerana sesungguhnya tidak ada yang mengampunkan dosa melainkan Dikau." Nabi seterusnya bersabda: "Sesiapa yang mengucapkan kalimat ini pada siang hari, dalam keadaan yakin dengan isi kandungannya, dia mati sebelum petang, maka dia termasuk dari kalangan ahli syurga. Sesiapa yang mengucapkan kalimat ini pada awal malam dalam keadaan yakin dengan isi kandungannya, dia mati sebelum datangnya pagi, dia termasuk dari kalangan ahli syurga. " HR. Bukhari


2. Daripada Abu Musa al-Asy'ari, bahawa Nabi SAW sentiasa berdoa (beristighfar) dengan doa ini:



Mafhumnya: " Tuhanku, ampunilah kesalahanku, kejahilanku, kelampauan dalam urusanku keseluruhannya, apa yang Engkau lebih Mengetahui tentangnya dariku. Ya Allah ampunilah kesalahanku secara sengaja, jahil atau bermain-main dan kesemuanya sekali. Ya Allah ampunilah daku, apa-apa yang telah lalu dan akan datang, yang tersembunyi dan nyata, sesungguhnya Engkau yang Terdahulu dan Terakhir, dan Engkau Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. " HR. Bukhari dan Muslim


3. Daripada Ibn 'Umar r.a. yang berkata: "Sesungguhnya kami pernah mengira Rasulullah SAW dalam satu majlis membaca:



Mafhumnya: " Tuhanku, ampunilah daku, dan berilah taubat kepadaku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat dan Maha Penyayang" sebanyak seratus kali. " HR. Tirmidzi, Abu Dawud dan Ibn Majah


4. Daripada Abu Yasar, Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang menyebut:



Mafhumnya: " Daku memohon keampunan daripada Allah yang Maha Agung, yang tidak ada tuhan yang disembah melainkan Dia yang Maha Hidup dan Maha Berdiri Sendiri dan daku bertaubat kpadaNya." Akan diberi kempunan kepadanya, sekalipun dia telah lari dari peperangan. " HR. Tirmidzi dan Abu Dawud


5. Daripada Abu Bakar al-Siddiq r.a. yang bekata kepada Rasulullah SAW: "Ajarkan kepada saya satu doa untuk saya berdoa dengannya di dalam solat saya." Jawab Baginda, bacalah:



Mafhumnya: " Ya Allah, sesungguhnya daku telah banyak manzalimi diriku, tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau, oleh kerana itu, ampunilah daku dengan keampunan dari sisiMu, dan rahmatilah daku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang. " HR. Bukhari dan Muslim 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...