Terokai Windows Explorer Dengan Kaedah Multi-tab - Clover


Assalamu'alaikum (:

Fikirkan, rata-rata kita bila surfing internet, sama ada menggunakan browser Mozilla ke, Chrome ke, tapi kebiasaannya kita memerlukan untuk membuka lebih dari 1 website pada satu-satu masa, ye dak? Contohnya, time kita check email, pada masa yang sama adakalanya kita juga mahu baca online newspaper Sinar misalannya, bukak lagi sosial website dan lain-lain. So, memang kita akan menggunakan multiple tab for the website that we choose to browse.

Ni contoh bergambar, klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas yek. 


K, refer gambar contoh yang aku sertakan kat atas. Kan banyak website yang aku bukak pada satu-satu masa. Biasanya kita just guna shortcut Ctrl+t untuk bukak new tab. Tapi bayangkan kalau kita terpaksa untuk menggunakan new window (Ctrl+n) berbanding new tab? Confirm kita akan rasa melecehkan.

Korang tengok....tak sadis ke gitu..huhu


Nampak sangat serabut! Mane ade orang guna multiple window macam tu. Sebat nampak semak dan serabut..huhu

Tetapi realitinya apabila kita menggunakan Windows Explorer (yang kita guna untuk search file/document) kita terpaksa dan dipaksa untuk menggunakan multiple window. Perasan tak?

No, No, Nooooo !

So kat sini aku nak kongsi macam mana korang boleh selesaikan masalah ini. Ada satu research team yang dah develop satu extension windows untuk memudahkan kerja-kerja kita! So lepas ni korang install je extension ni, korang dah tak perlu untuk browse file-file korang menggunakan multiple window lagi. Dengan semudah press Ctrl then click pada link, korang boleh browse file pada capaian multi-tab. Terbaik! Boleh buat bookmarks lagi. Nanti korang explore lah sendiri (:

Just have a try !



Download Clover 3


Powered by Blogger.