Jom Nikah?
Assalamu'alaikum.
Sekarang aku baru berumur 21 tahun, tak masukpun lagi sebenarnya..hehe. So maksudnya apa? Aku pemuda! Nak sampaikan point bahawa fasa remaja ni masing-masing mula mencari cinta. Kalau korang tak prepare, habislaa...
Aku mula perasan, seusai umurku 18 tahun aku mula memikirkan soal nikah secara serius. Hmm..memandangkan sudah berlalupun 3 tahun, jadi sebenarnya pandanganku terhadap cinta dan nikah sudahpun berubah dan mungkin sudah berada di fasa kematangannya.
Sekadar perkongsian, antara bahan bacaan yang banyak mempengaruhi tanggapan dan pandangan aku terhadap cinta adalah buku 'Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul' tulisan Ustazah Fatimah Syarha. Buku tu memang cover dia ala-ala kewanitaan sikit (pink + bunga2 gitu). Macam mana aku boleh baca buku tu pun entahlah. Sesungguuhnya Allah itu Maha Kuasa. Aku malas nak review sangat tentang buku tu. Tapi aku nak cakap sini, buku tu memang completely sesuai untuk dibaca di setiap peringkat umur. So even korang claim korang 'Mat Rock' sekalipun, aku rase korang memang perlu baca buku tu. Allahua'alam.
Berbalik soal nikah. Untuk apa kita bernikah? Buat apa nak bernikah ni?
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
Allahurabbi..menyempuranakan separuh daripada agama, siapa yang tak nak? Allah2..bayangkanlah hidupmu dengan nikah. Bersama isteri yang diumpamakan seperti pakaian buatmu, kamu pula pakaian buat mereka (Surah al-Baqarah 1:187). Indah, confirm indah (act, mesti ada dugaan). Nampak tak betapa adilnya Allah? Bagi sang adam, diciptakan nafsu yg khusus terhadap sang hawa, yang mana nafsu itu akan terpelihara sebaik-baiknya dengan nikah, sebagaimana ia disyariatkan.
So penting untuk aku hightlightkan kat sini. Please, kita bernikah bukan untuk pleasekan diri kita sendiri, tapi kita bernikah untuk pleasekan Allah. Maksudnya pernikahan kita itu semata-mata ketaatan dan usaha menggapai redha-Nya.
Kalau kita berbalik kepada realiti semasa, lihatlah persekitaran kita. Tanggapan yang sihat tentang cinta dan nikah semakin terhakis. Remaja sekarang sibuk mencari cinta. Jika si wanitapun sudah bergitu, usah dikhabarkan soal si lelaki, pastikan lebih menggigit! Rata-ratanya disibukkan dengan percintaan sebelum pernikahan. Rasa salah mengenainya, rasa berdosa apabila melakukannya entah ada entah tidak.
Apa Erti Cinta?
Ok baik, kita sibuk bercinta. Tapi tahukah kita apa sebenarnya cinta itu? Cinta itu apa? Sekadar rasakah? Apabila kita suka kepada seseorang adakah itu cinta? Apabila kita teringat akan seseorang, adakah itu cinta? Apabila kita merindui seseorang, adakah itu cinta? Bagaimana kita mendakwa kita bercinta sedangkan kita sendiri masih belum yakin apa itu cinta sebenarnya.
Rukun Cinta
Mari kita melihat rukun cinta itu sendiri. Melihat dari sudut cinta yang paling utama, cinta kepada Allah, maka rukun-rukun cinta itu adalah;
1) Selalu menyebut nama-Nya
2) Selalu mengingat akan-Nya
3) Melakukan apa yang Dia suka
4) Meninggalkan apa yang Dia tak suka
Clear? Baik, diklasifikasikan bahawa terdapat 3 cinta yang utama iaitu;
1) Cinta kepada Allah & Rasul-Nya
2) Cinta kepada kedua ibu bapa
3) Cinta kepada suami/isteri
Letaklah apa jenis cintapun, rukun dia tetap seperti 4 yang diatas itu. Ok begini, kesempurnaan cinta kita terhadap Allah adalah apabila keempat-empat rukun cinta yang tersebut terlaksana dengan baik. Begitu juga buat cinta yang kedua & ketiga. Namun haruslah diingat, cinta yang kedua sepatutnya tidak membelakangkan cinta yang pertama, begitu juga cinta yang ketiga sepatutnya tidak membelakangi cinta yang pertama dan yang kedua. Barulah benar namanya cinta (:
Contohnya begini, kita mengaku kita mencintai Allah, tetapi apabila kita tidak mampu meninggalkan apa yang Allah tidak suka, maka kita masih belum benar-benar cinta kepada-Nya. Kita mengaku kita cintakan ibu dan bapa kita, tetapi apabila disuruh tolong urut badan mereka, kita membantah, bibir mengukir 'ah!', maka cinta kepada ibu dan bapa itu juga pincang kerana ia membelakangi cinta yang pertama. Begitu juga cinta yang ketiga. Kita mengakui kita cintakan pasangan kekasih kita, tetapi apabila kita melebihkan si dia berbanding ibu dan bapa kita hinggakan apabila ibu sakit, kita bersikap acuh tak acuh, tetapi apabila kekasih mengkhabarkan dirinya sakit, mulalah kita sibuk suruh makan ubat, take care lah bagai. Lagi mengaku mencintai pasangan kekasih kita, tetapi kita sering berhubung dan berbicara perkara-perkara yang lalai dan tidak sepatutnya, kita mula bersua muka, dating tak bertempat, maka kita telahpun membelakangkan cinta yang pertama, kita tidak lagi melaksanakan apa yang Allah suka, apatah lagi meninggalkan apa yang Allah tidak suka. Maka adakah itu cinta?
Jadi eloklah aku mengajak kalian berfikir sejenak, mampukah kita menggapai cinta ketiga yang sempurna dengan melakukan percintaan sebelum pernikahan? Jika ada yang merasakan boleh, maka nyatakan perhubungan cinta sebelum nikah yang sebagaimana yang bakal mendapat redha Allah. Hati mula dirundum rindu, mula berbalas-balas sms dan berchatting di atas perkara-perkara yang lalai dan tidak sepatutnya, adakah itu perlakuan yang diredhai Allah? Jadi aku muktamadkan disini bahawa cinta ketiga yang sebenar-benar cinta hanya mampu di kecapi selepas proses pernikahan. Because the fact is, we are married not just to please ourselve, but the main point is to please our God, Allah SWT.
Sepatutnya di fasa muda remaja ini, kita penuhkan diri dengan persiapan. Perbaiki diri, itulah yang utama. Jadilah bakal suami dan bakal ayah yang mampu membimbing keluarganya ke syurga Allah SWT.
Yakin lah dengan janji Allah bahawa;
"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik." Surah an-Nur : 26
Jadi elakkan diri kita daripada menjadi hamba cinta, tetapi jadilah hamba hanya kepada Allah yang Esa. Perbaikilah diri kamu supaya selayaknya ditakdirkan buatmu isteri yang baik setanding dengan peribadimu. Maka pernikahan itu akan dilimpahi barakah, dicucuri rahmah, mudah-mudahan zuriatnya juga bakal membawa sesuatu yang bermakna buat Islam di akhir zaman ini. Semestinya itulah yang kita inginkan.
Allahumma amin (:

"Jika seseorang menikah, maka ia telah menyempurnakan separuh agamanya. Karenanya, bertakwalah pada Allah pada separuh yang lainnya." HR al-Baihaqi

Sedarlah saudara-saudariku sekalian, cinta yang kita dakwakan terhadap pasangan kekasih, bakal suami dan isteri kita itu bukanlah cinta yang sejati selagi mana ia membelakangkan cinta yang pertama dan kedua.
Jadi eloklah aku mengajak kalian berfikir sejenak, mampukah kita menggapai cinta ketiga yang sempurna dengan melakukan percintaan sebelum pernikahan? Jika ada yang merasakan boleh, maka nyatakan perhubungan cinta sebelum nikah yang sebagaimana yang bakal mendapat redha Allah. Hati mula dirundum rindu, mula berbalas-balas sms dan berchatting di atas perkara-perkara yang lalai dan tidak sepatutnya, adakah itu perlakuan yang diredhai Allah? Jadi aku muktamadkan disini bahawa cinta ketiga yang sebenar-benar cinta hanya mampu di kecapi selepas proses pernikahan. Because the fact is, we are married not just to please ourselve, but the main point is to please our God, Allah SWT.
Sepatutnya di fasa muda remaja ini, kita penuhkan diri dengan persiapan. Perbaiki diri, itulah yang utama. Jadilah bakal suami dan bakal ayah yang mampu membimbing keluarganya ke syurga Allah SWT.
Yakin lah dengan janji Allah bahawa;
"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik." Surah an-Nur : 26
Jadi elakkan diri kita daripada menjadi hamba cinta, tetapi jadilah hamba hanya kepada Allah yang Esa. Perbaikilah diri kamu supaya selayaknya ditakdirkan buatmu isteri yang baik setanding dengan peribadimu. Maka pernikahan itu akan dilimpahi barakah, dicucuri rahmah, mudah-mudahan zuriatnya juga bakal membawa sesuatu yang bermakna buat Islam di akhir zaman ini. Semestinya itulah yang kita inginkan.
Wahai Tuhanku! Janganlah
Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan
Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.
Surah al-Anbiya': 89
Surah al-Anbiya': 89
Allahumma amin (: