Berdoa Dengan Nama Allah
Bahawa Nabi Muhammad telah mendengar seorang lelaki berdoa:
" Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu bahawasanya bagi-Mu segala puji-pujian dan tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau yang mengasihani, yang mencipta langit dan bumi, yang memiliki kebesaran dan kemurahan, yang Maha Hidup, lagi Maha Mengawasi. "
Nabi Muhammad menyatakan kepada para sahabat yang berada disampingnya:
" Kamu tahukah apa yang beliau doakan kepada Allah? Jawab sahabat: " Hanya Allah dan utusan-Nya sahaja yang mengetahui. " Nabi Muhammad menjelaskan: " Demi Allah yang diriku di tangan-Nya! Sesungguhnya beliau telah berdoa kepada Allah dengan nama-Nya yang agung. Sekiranya didoakan dengna nama tersebut, maka dikabulkan. Jika dipinta dengannya, maka diberikannya. "
HR at-Tirmizi dan Ibn Majah
Suci Diri Mencari Ilahi
Mohd Fikri Che Hussain