Tips Menjalani Latihan Industri



  Alhamdulillah, terlintas dan teringat nak  post tentang persiapan kita untuk menghadapi Latihan Industri (LI) bagi pelajar-pelajar yang akan mula melapor diri ke firma masing-masing. Bagi pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin khususnya, akan melapor diri ke firma masing-masing pada 19/12/2011. Tik-tok, time is running out..hehe. Mula belek-belek balik catatan nota semasa di poli dulu. Hah, alhamdulillah back there sebelum cuti, Rakan Pusat Islam (RAPI) ada mengadakan Pertemuan Khusus Sebelum LI bagi ahli yang bakal menghadapi LI. Jadi banyaklah ilmu, tips, dan amanah dari En. Radhi dan En. Anas selaku penasihat RAPI. So, rugilah kalau hamba tak kongsi ilmu ni. Insya Allah..

Baek, kita mulakan dengan bertanya kepada diri,

1)  Apa sebenarnya hasil yang kita mahukan selepas menjalani LI?
Jawapan yang kita mahukan adalah, kita mahu diri kita bertambah  baik dari segenap aspek  yang berkemampuan, insya Allah. Sekarang kita sudah mempunyai tujuan, goal yang mahu dicapai, dan hasil yang kita mahukan. Jadi untuk mendapatkannya, tiada jalan lain selain melalui usaha yang berterusan. Firman Allah SWT,
"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya" an-Najm: 39

2)  Apakah ujian yang bakal dihadapi?
Jadi di sini kita sudah meramal 'worse case scenario' yang bakal kita hadapi semasa LI nanti. Mudah-mudahan kita dapat merangka solusi untuk menanganinya.

- Bagi muslimin, ujian utamanya tidak lain dan tidak bukan ialah wanita. Daripada Abu Said Al-khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda , maksudnya:
Hendaklah kalian takut terhadap (godaan) dunia dan takutlah kalian terhadap (godaan) wanita .” HR Muslim 
Antara fitnah yang bakal dihadapi para muslimin ialah bersalaman dengan yang tidak mahram, rasa cinta (kononnya), dan sebagainya. Jadi berwaspadalalah  dan bersedialah.

- Bagi muslimat pula, antara yang boleh digariskan adalah;
i.  Pemakaian. Seringkali para muslimat diuji dalam soal  menutup aurat. Jika dikhususkan dalam soal LI, kalian akan diuji  dengan pemakain seluar. Mungkin kalian akan mla berjinak-jinak untuk memakai seluar? Mungkin? Bagaimana jika ia atas arahan pihak majikan? Bagaimana? Tidak salah untuk pakai seluar, asal longgarkanlah agar ia tidak menampakkan susuk tubuh. Firman Allah SWT, maksudnya:
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." al-Ahzab: 59
ii.   Pergaulan. Pengaruh rakan amat kuat bagi kaum hawa. Semasa menjalani LI nanti kalian akan berhadapan dengan berbagai jenis manusia. Sudahkah kalian bersedia? Rakan bagaimana yang kita mahukan? Sabda Rasulullah SAW, maksudnya:
"Sebaik-baik rakan ialah bila kita lupa ia mengingatkan dan bila kita ingat ia membantu."
iii.  Ganguan seksual. Waspada muslimat sekalian, anda tidak mahu menjadi mangsa. Jadi setiasalah berwaspada dan menjaga adab perilaku. Bagaimana untuk menanganinya? Untuk sedikit panduan, sila klik link berkut; Atasi Ganguan Seksual.



Sedikit Tips Semasa Membuat Report 


i.   Buat report dengan bersungguh-sungguh agar ia boleh dijadikan modus operandi untuk mencari kerja. Maksudnya, tahap  kualiti report yang dibuat kita mahu hinggakan report tersebut boleh dijadikan umpama resume semasa kita mencari kerja kelak.

ii.  Buat report yang ada nilai. Apa maksud ada nilai ni ea? Means, kita put some efforts la dalam buat report ni. Catat kerja yag betul-betul kita buat. There are no room nak cincai-cincai ke, buat last minute ke sebab kita mahukan report yang ada nilai.


Apa yang perlu dielakkan semasa membuat report?
i.  Copy/paste
ii. Ambil repot lama (dari senior ke)


Baek, secara overall apa yang perlu kita ingat, take note, fikirkan  tentang LI?
i.   Sebelum
- Waspada 2 minggu sebelum melapor diri ke firma masing-masing. Pastikan diri kita benar-benar bersedia baik dar segi fizikal mahupun mental.

ii.  Semasa
- Atasi masalah pergaulan. Pergaulan akan tetap berlaku, jadi bagaimana nak memastikan pergaulan yang kita lakukan itu sihat dan berlandaskan syarak?
  • Jika berseorangan, lihat pada kumpulan-kumpulan yang ada, yang mana yang perlu kita join dan yang mana pula yang kita harus elakkan. Jangan asyik nak mengikut je, ada masanya kita perlu membantah.
  • Jika berkumpulan pula, elakkan daripada berpuak-puak. Perlu sentiasa bergaul dengan pekerja-pekerja lain dengan cara yang berhikmah.
- Proses penyediaan teknikal
  • Buku laporan harian  yang terbaiknya tulislah sehari sekali. Paling kurangpun tulislah seminggu sekali.
  • Report, perlu disediakan dari awal. Ambil bukti dan data dari awal lagi. Contohnya kita tangkap gambar lokasi kerja, lokasi program, dll.
- Menyediakan diri untuk final projek. Sepanjang perjalanan LI, fikir dan carilah idea-idea yang bernas untuk final  projek nanti. Sementara itu juga jangan lupa untuk menimba ilmu teknikal sebaik mungkin bagi diaplikasikan dalam pembikinan final projek nanti.

iii.  Selepas
- Apa yang perlu disediakan?
  • Buku laporan
  • Report yang sudah diprint. Hanya tingga untuk dibinding setelah melapor diri untuk sem 5.
  • Dapatkan markah penilaian LI. Pastikan kita sudahpun diobserve semasa menjalani LI oleh pensyarah politeknik. Jika tidak, bermaksud 20% markah kita burned.
  • Bersedia untuk menghadapi temuduga di poli nanti. In english! So please be ready on your speaking technic. At least build up your confidence level (:

    Hey! That's all la sahabat-sahabat. Harap-harap perkongsian ini berguna untuk kita semua. Jangan lupa, usaha yang terbaik, kita akan dapat yang terbaik. Insya Allah (:


    Powered by Blogger.