The Soul & Love
Nailah mencuri curi pandang lelaki itu, dia tahu tidak sepatutnya dia buat begitu tapi ada satu keinginan yang kuat untuk memandang. Sosok seorang lelaki yang baru tiba membuka kain serban hitamnya dan meletakkannya dalam beg, yang tinggal hanya kopiah putih di kepala. Dia tersenyum kepada sahabatnya yang sedang memotong ayam menggunakan mesin pemotong daging. Lantas dia duduk sebentar sambil berehat. Di sekitar matanya mempunyai lingkaran hitam. Mungkin tak cukup tidur.
“Astaghfirullahal azim….” Ucap Nailah. Dia menarik kembali pandangannya. Tidak sepantasnya dia begitu, namun lelaki itu benar-benar menarik perhatiannya kerana dia tidak pernah terjumpa lelaki yang memakai serban yang bekerja sebagai penjual ayam.
“Nailah, dah mari balik…” ujar Sayfurrahman, akhi Nailah yang sulung. Nailah pun mengikutinya.
Umar tertunduk tunduk. Perasan dirinya diperhatikan seorang gadis yang mengenakan purdah hitam. Hatinya berdegup kencang, bagai ada suatu daya tarikan pada gadis itu, daya tarikan magnetic.
“Ya Allah, apa ni…” Umar memejam mata, cuba menghilangkan bayangan gadis tadi.
“Umar.... nanti kau hantar ayam ni dekat alamat ni.. diorang nak cepat.. kalau boleh sebelum pukul 3 petang…” ujar Muhammad sambil menyerahkan sebakul ayam dan sekeping kertas.
“Pukul 3?? Erm.. Kalau aku lambat sikit boleh tak? aku dah janji dengan mak aku nak hantar dia ke Klinik…” Ujar Umar.
“Aduh… pula.. pelanggan ni nak cepat nih.. ala.. senang macam ni… kau angkut sekali ayam ni.. ok.. selesai masalah…” Muhammad pun berlalu pergi. Seorang sahabat yang baik. Umar tersenyum, dia takut tak sempat tapi masa itu di tangan ALLAH.
*******************************************************************
Nailah tersenyum sendiri, Allah lah yang maha mengerti dan mengetahui, perlahan dia atur langkah kepada Uminya.
“ Umi… boleh Naila Tanya sedikit?”
“ Boleh…”
“ Kalau Naila nak nikah kan Umi.. Umi nak calon Rijal yang macam mana?”
“ Macam mana? Macam mana?”
“ Ye la… maksud Naila… adakah umi mahu yang kaya, berharta, berpangkat, berkedudukan…”
“ Naila… Umi sendiri akan carikan Naila ye sayang…menurut Umi, Umi tak perlukan dia yang Iberharta mewah, itu semua… tak penting sayang… kalau nak cari suami… pentingkan lah pegangannya pada agamanya… Sekiranya iman dan takwanya itu ada… pasti keluarga islam dapat di bina… umi tak kisah meski dia sekadar pemotong rumput sekalipun…. Andai dia mempunyai taqwa.. dia lah yang akan menjadi suami anak umi ni….tapi kalau Naila dah ada pilihan hati.. khabarkan segera pada Umi…”
Pemotong rumput sekalipun?? Naila terdiam. Dirinya bungkam. Ikhlaskah dia seandainya suaminya hanya tidur berbantalkan lengan, berselimutkan angin malam, mengenyangkan perut dengan hanya 3 biji kurma.
Naila tersenyum, itulah jawapan yang diharap dari mulut Uminya, dia yakin.
*******************************************************************
“Mak… Umar bawa mak ke hospital jom…..”
“Mak tak nak Umar, pergilah buat kerja kau tu dulu… mak sihat…”
“Mak… Pandanglah wajah Umar… Mak tak kesiankan Umar ke? …”
Raudhah akhirnya tersenyum. Dia terpaksa mengangguk. Keinginan anaknya itu diikuti jua. Kalau dia nak, dia boleh menelefon Dr Abdul Rahman, doctor peribadi keluarga mereka, tapi Umar berkeras ingin membawanya ke hospital kerana peralatan yang lengkap berada di sana.Umar, berusia awal 30 an, mempunyai ijazah dalam bidang pertanian serta pelajar madrasah yang memegang sijil usuluddin dan memilih untuk bekerja sendiri daripada makan gaji. Prinsipnya tegas. Memang ianya halal namun kesohihan akan lebih terungkai andai dia memulakannya dulu. Perniagaan ayam itu dikongsinya bersama Muhammad 5 tahun yang lalu. Dia menjalankan aktiviti penternakan sementara Muhammad membuka gerai menjual ayam. Kadang-kadang dia turut membantu di gerai, memotong ayam.
Sekiranya dia membuka perniagaan sendiri, dia akan lebih banyak masa untuk bersama-sama ibunya dan beribadah kepada ALLAH. Umar hanya mempunyai ibunya sahaja saat ini, adik beradiknya yang lain sudah berhijrah ke luar Negara.
*******************************************************************
Di rumah Nailah, masing-masing sibuk dengan tugasan,tidak terkecuali, Nailah sedang menghiasi ruang tamu. Dari tadi, alunan surah Arrahman bermain di bibirnya. Pelajar pondok Sunnah Tarbiyah Darul Amin itu berdiri di hadapan tingkap rumahnya, umurnya baru 20 an, pengajian di pondok masih belum selesai, hari ini, majlis pernikahan abangnya akan di raikan.
Pandangannya tertancap ke luar, akhinya menyambut kedatangan…..
“ MasyaALLAH,”
Lelaki berserban hitam tadi, yang di temuinya di pasar dan memotong ayam. Dia berlari memasuki biliknya.
Alunan Surah Arrahman makin terlekat di bibir, hatinya mengeras.
“Ya ALLAH, jauhkanlah perasaan ini dariku… supaya perasaanku kepadaMu terjaga…. Jauhilah dia dariku sekiranya dia bukan jodohku….”
Umar memasuki rumah itu dengan sebakul ayam mentah.
“Assalamualaikum….” Ucap Umar. Ada yang menyambutnya di depan.
Semua orang di situ memandangnya, bagai ada satu daya tarikan magnetik. Mungkin kerana dia berserban hitam. Entahlah.
“Silakan anak muda…. Letakkan sahaja ayam itu di situ… nanti saya sendiri akan menghantar bekasnya ke gerai kamu… oh ya.. siapa namamu?” ujar Abdillah, akhi kedua Naila, pelat indonesianya masih pekat setelah tinggal menetap disana selama beberapa tahun.
“Terima kasih… nama saya Umar…”
“Saya Abdillah…. Kamu orang sini?”
“ya… memang orang sini.. kenapa akhi??”
“saya ingatkan kamu orang arab.. wajah kamu seperti orang arab… malahan dikenakan serban hitam.. kenapa kamu memakainya di terik panas begini? Memang ianya suatu sunnah.. tetapi menutup kepala juga suatu sunnah… cukup kan dengan menutup kepala dengan songkok atau berkopiah…
Tidak ada hadis yang sahih menerangkan fadhilat memakai serban. Beberapa yang masyhur semuanya memiliki kecacatan.” ujar akhi Abdillah, tujuannya hanya untuk sekadar menguji ketangkasan Umar dalam berbicara.
Tidak ada hadis yang sahih menerangkan fadhilat memakai serban. Beberapa yang masyhur semuanya memiliki kecacatan.” ujar akhi Abdillah, tujuannya hanya untuk sekadar menguji ketangkasan Umar dalam berbicara.
“Maaf akhi… sebenarnya saya ada suatu kerja yang harus diselesaikan… saya berminat untuk menjawab persoalan akhi.. cumanya.. ibu saya menanti didalam kereta.. saya ingin menghantarnya ke klinik.. dia sakit….jadi insyaallah… kalau bertemu lagi, saya mahu membahas pertanyaan akhi…. insyaALLAH akhi…” ujar Umar.
“Nanti dulu anak muda…. Apakah itu suatu alasanmu?”
“Maaf sekali lagi akhi… ibu saya ada di kereta.. akhi boleh melihatnya….” Abdillah menjangkakan kemarahan Umar, namun sayang, Cuma senyuman yang dilihat terpalit di bibirnya. Subhanallah.
“Maafkan saya… Cuma… bulan hadapan di pondok Darul Amin ada talaqi dari Kiai Mansur.. mungkin kalau tidak keberatan.. saya ingin menjemput anak muda ini ke sana.. langsung… bisa kita bahas berdua tentang perkara ini.. moga-moga anak muda boleh memberikan sedikit ilmu buat saya… mungkin tidak.. kamu akan hadir?” Abdillah menghulurkan kad alamat Pondok Darul Amin.
“InsyaALLAH akhi… assalamualaikum….” Umar pun mengambil kad alamat tersebut lantas meminta diri untuk berangkat pulang. Abdillah tersenyum. Ada udang di sebalik batu.
*******************************************************************
Azan zuhur sudah masuk, Umar memberhentikan mesin potong ayamnya walaupun di sisinya masih ada beberapa ekor ayam yang harus dipotong segera.
“eik… Umar.. nanti dulu… kau siapkanlah ayam ni dulu… tinggal sikit je tu…”
“Lima minit je, Muhammad… Jomlah sekali…”
“Aduh… aku banyak lagi nak siapkan ni…”
“Ala… jomlah… kan Muthu tu ada.. dia boleh tengokkan… jomlah…”
“Tak apalah… kau pergilah dulu…”ujar Muhammad.
Setelah mencuci tangannya, dia kembali membuka baju plastic khas yang sering digunakan saat memotong ayam, dengan itu dia yakin tidak ada najis yang terlekat dibadannya. Wahai, islam itu mudah. Serbannya kembali di pasang. Umar pun berlalu ke Surau berdekatan. Muhammad memandang pelik sosok Umar. Semasa Umar masih bersekolah menengah, dia dulu seorang yang pemalas dalam bab beragama, setakat solat, alah… remehnya dipandang. Auratnya bukanlah dijaga sangat, bermain bola pun apatah lagi. Entah macam mana , apabila kembali pulang dari belajar sementara di sekolah pondok, perubahannya mengejutkan Muhammad, teman akrabnya. Semenjak itulah mereka memulakan bisnes menjual ayam. Sekurang-kurangnya mereka dapat membantu umat islam mencari makanan yang halal.
“Umar.. Umar…ingin sahaja aku menjadi seperti kau…Apalah daya, hidayah belum sampai…” Ujar Muhammad saat mereka berdua pergi memancing di tasik.
“jangan jadi seperti aku tapi contohilah Rasulullah, role model yang terbaik…Muhammad, Hidayah itu milik ALLAH, dan ALLAH akan bagi kepada sesiapa yang dikehendakinya.. untuk dapatkan hidayah, bukanlah tunggu sahaja.. ibarat kau duduk kat tepi tasik ni, tunggu ikan naik sendiri tup tup ada dalam baldi ni…. Kau kena lah berusaha kalau nak cari hidayah ALLAH…” ujar Muhammad, cuaca yang panas terik pada petang itu membuatkan dia memikirkan bahangnya api neraka, yang menjalar jalar dari bawah dan paling atas. Terdengar keluhan dari bibir Muhammad, Umar menoleh.
“Macam mana aku nak dapatkan hidayah tu Umar?” perlahan tapi jelas di telinga Umar. Umar tersenyum.
“Minta pada ALLAH, tak ada pada aku…” Umar berseloroh. Muhammad tersenyum. Jiwanya meronta-ronta dalam mencari setitis rahmat ALLAH. Sebaya dengan Umar, Muhammad ada seorang isteri dan 3 orang anak. Semuanya masih kecil. Dia tidak mahu anaknya menjadi sepertinya yang leka dan lalai kerana dunia. Semenjak kecil, ibu bapanya tidak menerapkan setitis pun nilai agama, bahkan dia sendiri tidak tahu untuk solat. Kehidupan di kampongnya penuh dengan adat sehingga mengetepikan adab. Di kampong mereka Cuma tahu untuk berusaha mencari harta dan menyibukkan diri dengan duniawi. Kalau boleh anak-anak mahu dijadikan orang popular, latih dari kecil menjadi penyanyi, pelakon, atau penari. Yang sudah terlanjur, wallahualam.
Pada pandangan Muhammad, Taraf hidup yang rendah di kampong, menjadi satu alasan sebagai kekangan mereka. Kebanyakannya, pekerjaan mereka Cuma nelayan, berniaga dan tak kurang yang bekerja di kilang-kilang .Tidak berkembang. Ada yang Cuma menjadi kutu dalam kalangan masyarakat. Lepak sana sini, gejala pergaulan bebas anak muda.Dadah, pengaruh dan agenda zionis apatah lagi. Zaman sekarang sukar untuk mencari anak kampong yang sejati, yang penuh dengan adat dan adab islam.Ilmu agama sebenarnya lebih sukar sampai kepada mereka, apatah lagi, ibu bapa menggalakkan anak mereka belajar tinggi-tinggi sehingga ke Universiti untuk berbangga-bangga diri. Nilai agama langsung tidak mahu disentuh. Untuk belajar agama, mereka terpaksa ke Bandar, mencari pusat agama untuk belajar itupun memerlukan lebih dari jumlah pendapatan bulanan mereka. Apa sahaja di Bandar memerlukan wang. Sistem kapitalisme meresap dalam masyarakat tanpa mengambil kira warga yang bertaraf sederhana.
Tidak dinafikan ada juga warga kampong yang Berjaya dalam kehidupan, Berjaya dalam pelajaran dan menitikberatkan nilai sentiment islam dalam kehidupan. Lihat sahaja contoh terkemuka yang membanggakan umat islam pada abad ke 21 di Negara kita, Nik Nur Madihah. Ikon yang mengambil Rasulullah sebagai Qudwah hasanah. Dan Ramai lagi yang tidak dikupas.
Masyarakat Cuma ingin mengambil tahu tentang keburukan orang lain, tidak mahu mengambil tahu tentang pentingnya hidup bekerjasama.
Kerana itu dari kampongnya, Muhammad terpaksa berhijrah ke Bandar, mencari suatu nilai elemen kehidupan yang baru buat anak anak dan isterinya. Mereka tidak akan maju di kampong, tapi mereka pasti memajukan orang kampong dengan misi yang akan di bawa kelak dalam perniagaannya bersama Umar sekarang.
*******************************************************************
Di Darul amin, terlihat naila keluar dari musolla wanita. Sayfurahman sudah menanti di ruangan musolla bahagian lelaki. Dia akan menemani adiknya bertemu untuk bertalaqqi dengan Ustaz Hurairah.
“Naila, akhi nak minta tolong boleh?” Naila memandang akhinya tanpa berbicara.
“Tolong pegang ini, akhi nak ke tandas!!” selesai meletakkan buku pada tangan naila, Sayfurrahman berlari menuju ke tandas, Naila tergelak dengan gelagat abangnya itu, buku tadi tidak sempat dirangkulnya, semuanya selesai terjatuh. Naila menurunkan badannya untuk mengambil buku-buku itu, entah bagaimana, turut ada sepasang tangan yang mengutip sama buku-buku itu, Naila mendongak. Pemuda itu!
Sungguh entah kenapa Naila tidak mahu melepaskan matanya dari memandang pemuda ayam itu.
Umar hanya menunduk, selesai menyerahkan buku itu, dia terus berlalu pergi, Naila sedikit pun tidak dipandang.
Naila terpegun, kagum dengan lelaki itu. Sungguh, ini kali pertama hatinya berdegup kencang. Seperti ada sesuatu yang telah membuat hatinya kucar kacir, kacau bilau. Dia sendiri tidak tahu apa yang terjadi pada hatinya. Hatinya berasa sakit yang amat.
Mata Naila terus mengekori sosok lelaki tadi sehingga lelaki itu berjabat tangan dengan akhinya, abdillah. Naila kaku. Akhinya mengenali lelaki itu. Pemuda yang menghantar ayam ke rumah mereka pada bulan lepas.
“Naila, kenapa tak masuk lagi nih? Jom cepat…” Sayfurrahman kembali mengambil buku yang berada pada tangan adiknya. Naila Cuma memandang wajah akhinya. Dirinya kembali kebingungan.
*******************************************************************
“Sebelum ini, kamu belajar di mana Umar??” Ujar Akhi Abdillah ketika mereka sudah ada di dalam surau, di situ ada sahabat- sahabat yang lain sedang menghafaz dan memeriksa hafazan Al Quran masing-masing.
“Sebelum ini , saya belajar di Madrasah Al Iltizam,” jawab Umar.
“Madrasah Al Iltizam? Kamu kenal ustaz Fadil dan Imam Safuan?”
“Ustaz Fadil sahabat saya di madrasah, Imam Safuan tu senior saya,” Umar mengangguk, masakan dia lupa, bersama Ustaz fadil dululah, mereka bersusah payah di Madrasah, bersama-sama berganding bahu menjaga diri dan membangkitkan sentiment islam di perkampungan sekitar Madrasah, Imam Safuan sebagai tempat berbicara dan bermusyawarah, Imam Safuan lebih muda darinya namun, Umar hormat padanya kerana ilmu- ilmu yang ada di dalam dada. Imam Safuan memulai pengajian di Madrasah seawall usia 7 tahun, manakala Umar sudah seusai ijazah baru mulai pengajian.
“SubhanaALLAH, MasyaALLAH, Ustaz Fadil sekarang sudah menjadi pegawai tinggi di Jabatan Agama, masih aktif berdakwah di sekitar madrasah, akhi kenal benar dengan Ustaz Fadil, dulu sama-sama kami ke Jordan, Wahai, dunia ini sungguh kecil, berbanding kebesaran ALLAH s.w.t, tidak di sangka-sangka kamu seperguruan dengan Ustaz Fadil… ”
“maaf, Akhi kata, Kiai Mansur ada di sini, tapi kenapa saya tidak melihatnya?” Umar memanjangkan lehernya memandang kiri dan kanan.
“Oh, Kiai Mansur ada, tadi pagi, malam ini dia harus segera berangkat ke Indonesia, ada program di sana… Sengaja saya ingin memanggil kamu ke sini, membahas soal apa yang ada di kepala mu itu, saya juga ingin ilmu dari anak murid Madrasah iltizam, ceritakanlah anak muda, kenapa kamu perlu memakai serban itu, ia sentiasa dilihat di atas kepala kamu… saya jadi bingung, kerna saya belum pernah melihat keadaan seperti ini di sini, tapi di Indonesia ada,, banyak..”
“Kenapa, Akhi masih meragui fadhilatnya ?”
Akhi Abdillah menggeleng, “bukan begitu anak muda,,, Bukankah menutup kepala dengan kopiah ini sudah cukup dapat pahala sunnahnya…”
"Apa salahnya jika saya pakai serban untuk menunjukkan cinta saya pada Rasulullah, memang tiada dalil atau fadhilat yg kuat untuk dijadikan amalan, tetapi, bukankah setiap perbuatan Rasulullah patut dijadikan qudwah, sedangkan orang sikh boleh berserban demi agama mereka, mengapa tidak kita sebagai umat Nabi, mencontohi sebaik2 makhluk di semesta ini? siapa lagi yg ingin saya contohi selain Baginda?" ujar Umar
“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat suri teladan yang baik, jadi salah satu sunnahnya iaitu memakai serban juga baik…” Umar tersenyum, hatinya tenang menjawab.
Akhi Abdillah tertawa kecil. Umar berjaya mempesona Abdillah. Abdillah merasakan Umar merupakan pemuda yang luar biasa,seorang penghidup Sunnah. Perbincangan mereka hari itu berakhir pada jam 11.00 malam. Umar melayan cerita Akhi Abdillah, pengalamannya berada di Jordan dan Indonesia. Umar meminta diri. Abdillah berdiri di muka pintu surau menyaksikan kepulangan Umar. Hatinya lega. Umar sudah lulus ujiannya. Hanya tunggu masa yang sesuai.
*******************************************************************
Pagi itu suasana sunyi di hospital, ibu umar berbicara sendu dengan satu-satunya anak lelakinya yang bujang itu. Ibunya menyuarakan hasrat untuk melihat anaknya berumah tangga. Umur Umar semakin meningkat dan ibunya semakin uzur untuk menemani Umar.
“Mak, kenapa cakap macam tu, InsyaALLAh, sempat Mak pegang cucu mak nanti,”
“Bila?” Umar terkedu, soalan ibunya sukar dijawab.
“Umar, kamu tiada calon ke? Kalau kamu tak ada calon, mak ada calon untuk kamu, anak Tan Sri Hashim, Anak Dato Razali, Anak kawan mak si Mariah, hah, kalau kamu nak, kamu cakap je dengan mak, boleh mak pinangkan….”
Umar terdiam, bukan dia tidak kenal dengan gadis gadis yang di sebut ibunya tadi, gadis metropolitan, gadis kota, Natasha terkenal dengan ketidak sopanannya dalam bergambar sakan di majalah, seorang model. Rakhel, anak dato Razali, sudah beberapa kali menggoda Umar agar menyukainya. Sangat murah di mata Umar. Delaila, seorang sahabat nya yang sudah banyak kali berganti ganti kekasih, malahan sahabatnya sendiri pernah menjadi mangsa. Umar menggeleng, jauh di sudut hatinya dia kesal dengan tindakan gadis-gadis moden zaman sekarang, malu menjadi perkara paling akhir dalam kehidupan. Tidak segan silu menyerahkan diri sendiri pada lelaki lelaki yang bermata buaya. Banyak kali dia berfikir dan keputusannya muktamad dari azali, bahawa perempuan sebegitu tidak akan pernah menjadi isterinya. Bukan bersifat sombong atau terlalu memilih, namun dia harus memastikan kualiti bakal-bakal ulama’nya yang akan lahir dan turut berjihad bersamanya. Dia tidak kisah langsung tentang harta, keturunan atau kecantikan yang ada pada diri bakal isterinya, jika agamanya mantap apalah yang harus dikira dengan semua ciri-ciri yang tadi.
Fikirannya tertumpu pada sosok seorang gadis yang sudah lama tidak ditemuinya, Pertemuannya Cuma sekali, dan itu mungkin kali yang terakhir. Mutiara indah yang tersimpan dalam bekas kaca, itulah perumpamaan yang sesuai buat gadis yang pernah ditemuinya itu. Pernah Umar panjatkan doa, agar dia ditemukan dengan gadis itu kembali, dan berdoa agar gadis itu yang menjadi isterinya, Umar menggeleng sekali lagi, dalam dunia khayalannya, bagai bagai benda boleh jadi.
Argh!!! Hatinya makin meronta, ada sesuatu yang perlu di korbankan demi sebuah kehidupan.
Petang tadi,
“Kamu setuju?”
Diam.
“Sudah pasti saya setuju doktor, ambillah apa sahaja dari saya untuk menyelamatkan ibu,” tenang Umar berbicara. Penjelasan panjang dari doktor Abdul Rahman cukup melekat di mindanya. Ibunya mengalami masalah komplikasi hati. Doktor Abdul Rahman meminta Umar sendiri yang menjadi penderma organ hatinya, kerana keserasian darah mereka.
Tanpa takut dan berfikir, Umar setuju. Seandainya dulu, ibunya sanggup pertaruh nyawa untuk melahirkan Umar, kenapa kini dia tidak boleh memberi segala-galanya untuk ibunya.
“Jangan risau, sekiranya serasi, kesan risiko pembedahan ini amat rendah, insyaALLAH selamat,” ujar Doktor Abdul Rahman, justeru beliau menetapkan tarikh yang sesuai untuk pembedahan dijalankan.
*******************************************************************
Lamaran dari Akhi Abdillah datang mengejut. Umar dan ibunya turut terkedu. Tidak tahu apa yang harus dibicara. Menyalahi adat tapi bukannya adab.
“Saya tidak akan memaksa kamu, Cuma, inilah niat saya, untuk memilih seorang calon suami buat adik saya yang sebentar lagi akan habis pengajiannya… Namanya Aisya Nur Naila Binti Umayr.. dan tujuan saya datang ke sini juga meminta supaya ibu dan Umar bisa datang ke rumah kami untuk taarufan dengan Naila… Malam ini, kedatangan nak Umar dan ibu di tunggu ya, saya permisi dulu, masih ada urusan yang harus diselesaikan,” Akhi Abdillah mengundur diri.
Malam itu, Ibu umar memaksanya habis-habisan untuk pergi ke rumah Akhi Abdillah. Umar keliru, dia berbincang dengan seniornya imam Safuan yang turut mengenali AKhi Abdillah dan juga Naila. Keputusannya positif, Imam Safuan bersetuju dengan cadangan Akhi Abdillah.
Seusai solat sunat 2 rakaat, Umar melangkah ke rumah Akhi Abdillah. Hatinya berdegup kencang, menanti apakah yang akan berlaku di rumah itu nanti dan siapakah Naila yang di maksudkan Akhi Abdillah. Setenang-tenangya dia berada di rumah Akhi Abdillah, dengan penampilannya yang menunjukkan cintanya pada sunnah Rasulullah, berjubah dan berserban hitam. Pandangannya hanya tunduk kebawah, perasaan malu menyelubungi hatinya.
“Janganlah hanya pandang ke bawah, mar, bukankah Rasulullah berpesan, harus melihat calon isteri, sekarang lihatlah, ini lah Aisya Nur Naila….” Akhi Abdillah berbicara setelah Umar lama menyepi. Naila turut menunduk. Sedikitpun calon suaminya itu tidak di pandang, hatinya gusar dan sakit. Entah kenapa bayangan wajah pemuda itu terus melekat di dalam hatinya dan tidak mahu pergi setelah banyak kali di usir. Dirinya tidak bersemangat lagi, yang mampu membangkitkan jiwanya kembali hanya AL Quran dan Solat. Allah lah yang akan menguatkannya, dan dia percaya.
Umar mengangkat wajah dan memandang wajah naila yang sering diceritakan. Umar terkedu, hatinya tersenyum. Mata itu dikenalinya.
Gadis itu, gadis yang sering didambakannya dalam khayalan, gadis yang sering bermain main dalam kotak fikirannya. Gadis yang berniqab hitam yang selama ini tidak pernah dikenali ialah Aisya nur Naila, calon isterinya. Hati Umar melonjak gembira, ALLAH mengabulkan doanya. Naila bangun dan kembali ke dapur ditemani kakak iparnya. Sedikitpun dia tidak memandang Umar. Niqabnya juga tidak dibuka. Hatinya menangis. Mungkin dia tidak akan bertemu lagi dengan pemuda penjual ayam itu.
“Subhanallah,” ucap Umar, perlahan namun dapat didengari akhi Abdillah.
“Umar, kami sudah tidak punya ayah, selain Sayfurrahman, Naila punya saya sebagai akhinya, jadi sebagai wali, saya harap kamu bisa menerima lamaran ini…”
Diam.
“Dan di antara tanda tanda kebesaranNya ialah dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadaNya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir,” Umar mengangguk perlahan, mukanya terasa panas dek menahan malu, gayanya seperti anak dara sahaja.
“SubhanaALLAH, saya menganggap kamu setuju Umar, syukran,” Akhi Abdillah memeluk Umar. Umar merasakan dunianya dipenuhi dengan mawar-mawar yang indah, ternyata gadis itu namanya Naila, gadis yang di doakan hadir kembali dalam hidupnya kini akan menemani hidupnya.
*******************************************************************
Naila duduk di tepi pantai, dia tidak dapat berfikir, rasanya neuron neuron yang lurus dulunya sedang bergelut sesama sendiri, hatinya terasa bagai dihiris hiris kaca, terasa amat pedih yang dia sendiri tidak tahu mengapa.
Naila tidak mahu lagi mengecewakan akhinya, dulu lamaran Imam Safuan pernah ditolaknya, hanya kerana alasan dirinya belum bersedia, begitu juga Ustaz Fadil yang pernah menyimpan rasa padanya, memberi surat-surat cinta yang akhirnya meruntuhkan kepercayaan Naila terhadap kewibaan seorang lelaki. Dia mahukan seorang lelaki yang boleh membimbingnya dengan ilmu bukan dengan pangkat dan nama, zaman sekarang memang sukar untuk mencari lelaki seperti itu. Tapi bukankah janji ALLAH memberikan yang terbaik untuk hambanya. Naila teringat pesan Uminya.
“Biar dia tidak berharta, tapi bertakwa.”
Setitik air matanya tumpah jua, air mata suci yang selama ini di tahan daripada menangis kerana dunia, terlerai jua, hatinya sedang sakit, merindukan Sang Khaliq yang selama ini memberinya cinta sejati.
Batu-batuan di pantai itu menjadi saksi, air laut tenang bagai mengerti, ombak perlahan memahami, perasaan Naila yang kian hebat bergoncang.
“Ya ALLAH, seandainya ini yang kau tulis untukku, ku yakin padaMu dan tidak akan pernah aku sesalkan,” perlahan dalam tangisan Naila berbicara dengan Sang Khaliq. Biarkan hatinya menderita kerana sekeping cinta buat pemuda ayam itu, asalkan dia pasrah dan redha dengan ketentuan ilahi.
Hatinya sebak, sungguh dia tidak dapat berbicara. Biarlah perbuatannya menjadi perkataan, dia tidak akan protes, tapi dia akan menghadapinya dengan lembut.
*******************************************************************
“MasyaALLAH, sungguh mulia hati kamu Umar, anak yang mengenang jasa orang tuanya, sehingga saya sebagai akhinya Naila turut jatuh cinta sama perlakuan kamu, jangan risau, saya tetap mahu kamu yang jadi suaminya Naila,” ujar Akhi Abdillah, saat Umar memanggilnya ke hospital untuk memberitahukan padanya kisah pemindahan hati ini. Untuk mendapat keputusan muktamad dari AKhi Abdillah.
“Akhi Abdillah, sekiranya saya menikahi Naila dan kemudiannya saya menderita kerana komplikasi pembedahan ni, saya takut menzaliminya,”
“Umar, kamu belum mengenali Naila, dia seorang yang sabar dan lembut hatinya, kamu tidak akan jumpa keluhan pada bibirnya, kerana dulu dia sudah pernah hidup susah,” Akhi Abdillah menepuk nepuk bahu Umar yang terbaring di atas katil. Sebentar lagi pembedahan akan dijalankan. Semenjak pagi tadi ibunya tidak sedarkan diri, Doktor Abdul Rahman terpaksa mengubah jadual pembedahan.
Terbayang- bayang di minda Umar, lembutnya sauh yang di jatuhkan kapal di Samudera, yang patuh dan tunduk pada perintah ALLAH. Bukti kebesaran ALLAH yakni Kaabah saat di tawafi, perisai nabi iaitu doa, matahari yang merah disaat ufuk tenggelam, wajah ibu dan arwah ayahnya, hatinya terus berzikir. Mengingati dekatnya dia dan kematian yang tidak pernah jauh. Menitis air matanya, kerana dulunya banyak dosa. Mengingati zalimnya dirinya apabila tidak mengerti maksud Rabb.
Malam tadi,
Di dalam pekatnya malam, tangisan Umar yang rintih kedengaran,
“Ya ALLAH, Ampunkan dosa-dosa yang dulu pernah kulakukan, hambamu ini adalah hamba yang hina, hambamu ini takut dengan siksaan mu, namun rindu untuk bertemu denganmu, Ya ALLAH, ku tahu kau mendengar, dan ku tahu kau melihat hambamu ini, dan janganlah berpaling dari menjagaku Ya ALLAH, aku menanti untuk bertemu denganMU, kerana kau kekasih yang abadi, dan satu-satunya cinta yang ku ada, selamatkanlah ibuku, selamatkanlah ibuku, selamatkanlah ibuku,,,,”
Pandangan Umar kelam, setelah di bius, fikirannya hanya menumpu pada ALLAH dan ibunya.
*******************************************************************
Umar tersentak dari lamunan, dirinya dalam pakaian ihram, dihadapannya ialah rumah ALLAH, dan dia sedang tawaf di situ, dia berkesmpatan berada di saf paling hadapan ketika solat isya’. Semerbak harum mewangi di bau. Entah kenapa dia merasa sangat dekat dengan Rabbnya setelah lama berjauhan, pakaian ihram lekat di badannya.
Entah bagaimana sekelip mata, dia berada di sebuah masjid yang tidak diketahuinya di mana, masjid yang sederhana namun indah, sekali lagi dia menunaikan solat disitu. Jiwanya terasa berbunga-bunga, seperti di anugerahkan sebuah trofi kemenangan ketika menyertai pertandingan lumba lari, tapi bahkan rasa ini lebih, seperti menggapai kemenangan buat Sang Pencipta yang abadi.
Dalam suatu dimensi yang lain, dia kembali duduk bertafakur apa yang sedang berlaku padanya, terasa diri berada di sekolah pondok lamanya, hatinya merasa sakit sekali, bagai ada yang patah, dia ingin bersuara tapi tidak mengena, Pencarian Mahabatullahnya bermula dari saat dia mengenal erti Rabbnya, dan kini jika ALLAH memanggil namanya untuk pergi dari dunia fana, dia rela ke neraka jika kekasihnya itu Redha, dia tidak peduli, akan panasnya api neraka, sekiranya itu yang membuat jiwanya rasa cinta.
Mengapa, sebuah hati harus terbahagi berkeping-keping, mengapa ada sedikit ruang di dalam hatinya yang diisi dengan benda asing, tapi bukanlah sebuah kekotoran, Cuma sekadar sebuah rasa sayang buat insan di dunia fana.
Betapa dia merasa susah dengan sebuah perasaan ini yang kerapkali hadir semenjak dia bertemu dengan gadis itu, betapa Syaitan Durjana telah berendam sebegitu lama dalam hatinya. Tetapi salahkah Umar apabila sungguh dia telah jatuh cinta kepada wanita itu dalam diam. Cuma sekali dia melihatnya, matanya terus kabur, hati terus mengeras, membenci sebuah perasaan. Bayang-bayangnya terus kelam. Dia mendengar suara-suara bisikan di sisi. Keadaan yang kelam kabut mungkin.
“Nurse, cepat,”
“Doktor, tekanan darahnya meningkat,”
“Tambah dos,”
“Selamatkan ibunya,”
“Selamatkan anaknya,”
“Selamatkan kedua-duanya”
Umar terus terdiam di atas katil pembedahan. Kaku.
*******************************************************************
Beberapa bulan kemudian,
“Aku terima nikahnya Aisya Nur Naila binti Umayr dengan mas kahwinnya 70 ringgit tunai..”
Bergema ruang masjid yang menjadi saksi bahawa sebuah ikatan suci telah terpatri, Naila selamat dinikahkan dengan Umar. Dalam majlis pernikahan itu,Naila hanya meminta sebuah kitab Al Quran sebagai hadiah pernikahannya. Naila memberi suami yang tidak dikenalinya itu sehelai serban hitam, dengan harapan sunnah Rasulullah yang dipegang suaminya itu akan menambat hatinya.
Setelah selamat dalam menjalani pembedahan dan setelah beberapa bulan menjalani fisioterapi untuk tubuhnya, Umar bangkit kembali. Menjadikan jalan jihad, ilmu dan perniagaannya sebagai wasilah untuk berjuang.
Riuh rendah keadaan di masjid, Akhi Abdillah yang menikahkan mereka berdua. Semua orang mengucap Syukur, dalam keadaan hati yang masih berdebar, Umar diiringi uminya ingin menyarungkan cincin terhadap Naila yang hari itu kemas berjubah dan berniqab putih gading.
Dan di saat itulah……
Naila terkedu, bibirnya tak dapat bicara, tangannya semakin sejuk, senyumam dibibir terukir melebar, Bagaikan tidak percaya dengan apa yang ada di hadapannya kini. Lelaki yang sedang memegang tangannya ialah penjual ayam berserban hitam itu!
Dalam Majlis kesyukuran Walimah yang sederhana, Naila di sandingkan dengan Umar. Lelaki yang diidaminya dalam mimpi. Mimpi yang kini jadi kenyataan. ALLAH benar-benar mendengar doanya. Naila sendiri tidak tahu bagaimana caranya, namun ternyata inilah yang berlaku kini. Sungguh, Selepas ini pasti banyak ranjau yang akan di lalui. Naila benar benar bersyukur kepada Allah s.w.t. Naila tersenyum di sisi suaminya. Pelik tapi benar, dalam kehebatan Al Quran dan Sunnah mereka dipertemukan.Baginya keperitan yang mula-mula di rasakan di hati manis pengakhirannya bagi mereka yang sabar. Sabar, redha dan ikhlas, inilah yang diterapkan andai perkara lain yang tertimpa atas dirinya. Ya rabb, hatiku milikMu....
*******************************************************************