Exam? Fast Track !

Assalamu'alaikum (:



Yup, 2-3 hari lagi aku nak exam. Semestar ni mood study aku turun naek, tapi aku bukan nak berkongsi tentang mood sebab aku dah pun menghadapi cabaran itu. Yang penting adalah detik-detik terakhir menuju Final Exam ni, apa yang perlu & patut kita buat?

Perkongsian ini seperti kebiasaanya, aku kutip dari majlis Diskusi Ilmu jauh nun semasa aku semestar satu dulu (:


Fast Track
Simple je, yang penting di detik-detik study di fasa pengakhiran ni, korang kena faham konsep.

Kaedah mengulang kaji:

1.   Baca
Asasnya membaca. Bacalah dengan cepat. Just cari point-point yang penting sebagai target soalan. Pentingnya, fahami apa yang dibaca, bukan hafal apa yang dibaca. Kalau hafal, tunggulah masa-masa blank dalam dewan exam nanti.

Ingat ae, last-last minute ni jangan baca satu persatu. Baca dengan cepat tu maksudnya scan. Kaedahnya mungkin bagi yang dah biasa bole just scroll down pandangan mata ataupun bagi yang baru boleh menggunakan bantuan pembaris. Letak pada nota, then scroll ke bawah sambil mata mencari point-point dan keywords yang penting sahaja.

2.   Tulis
Dah baca? Faham apa yang dibaca? Ok, start tulis. Buat nota ringkas. Buat nota sendiri! Jangan terlalu mengharapkan nota dari lecturer. Nota kita, sepatutnya kita faham. Macam tadilah, ikut turutan, baca dengan cepat, fahamkan, kemudian tulis mana-mana yang penting, point-point & keywords sume tu. So, jadilah nota! Then bila kita review balik nota kita uh, confirm, kita akan lebih faham dan it'll stick in our mind. Insya Allah (:


Here | Take Note
Dalam membaca, cari point-pont dan keywords, utamakan objektif yang ingin dicapai dalam setiap chapter pembelajaran. Got it?


Kesimpulan dia, aku ringkaskan, konsepnya mudah;
Baca, faham, kemudian tulis. Ok? Cun (:

Moga berjayalah kalian para pencinta ilmu (':

1 comments:

Cik Kay Jue said...

sama la cara nya dengan ckj.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...