Jom makan ikut sunnah !



Pemakanan adalah antara faktor yang amat penting dalam kehidupan manusia. Jadi, sebagai seorang Muslim wajib untuk kita memilih makanan-makanan yang baik untuk dimakan bagi memenuhi hak-hak tubuh badan kita terhadap diri kita. Rasulullah SAW itu adalah sebaik-baik contoh ikutan. Jadi marilah kita melihat sedikit pengamalan Rasulullah SAW di dalam pemakanannya supaya dapat dijadikan contoh dan pedoman di dalam hidup kita. Mudah-mudahan bermanfaat.


1. Madu 

Penghasilan madu:
  • Jika dilihat kepada penghasilan madu, pasti kita akan dapati madu adalah satu bahan makanan yang amat berkualiti tinggi. Allah SWT telah mengilhamkan kepada lebah untuk cerewet dalam penghasilan madu. Lebah hanya akan menyedut madu-madu yang bagus dan berkualiti daripada bunga-bunga.
  • Selepas menyedut madu yang berkualiti, lebah akan menjelirkan lidah yang terdapat madu padanya untuk membuang kondisi air pada madu. Secara tidak langsung ianya membuang cecair yang tidak berzat dan tidak elok daripada madu tersebut. Setelah proses-proses di atas selesai dilakukan, barulah madu dibawa pulang ke sarang.
  • Seekor lebah hanya mampu menghasilkan madu sebanyak 60g sehari. Untuk membuat 100 gram madu, lebah harus mendatangi tidak kurang dari satu juta tangkai bunga. Dapatkah kita hitung jumlah berulang-alik yang dilalui lebah daripada bunga yang didatangi hingga ke sarangnya?


Amalan Rasululullah SAW mengenai madu:
  • Kitab “Zad al-Ma`ad fi huda khair al-ibad” ada menyebutkan bahawa Rasulullah meminum madu sebelum makan sarapan pagi di bantu dengan air.
  • Di dalam ”Sunan Ibn Majah” pula disebutkan hadis marfu’ riwayat Abu Hurairah yang berbunyi
" Sesiapa yang makan madu tiga kali sebulan pada waktu pagi, dia tidak akan ditimpa penyakit berat "
  • Ada juga disebutkan dalam hadis yang lain, bahawa Nabi s.a.w bersabda 
" Berubatlah kamu dengan dua jenis ubat yakni madu dan al-Quran "

Antara khasiat madu:
  • Madu amat mujarab untuk sakit-sakit yang berkaitan dengan bakteria dan virus. Kajian menunjukkan, jika diletakkan madu lebah bersama bakteria di dalam satu bekas, lambat-laun bakteria itu akan mati. Tempoh paling lama untuk bakteria itu bertahan hanyalah selama 4 hari.
  • Madu lebah amat membantu mempercepatkan sistem penghadaman. Jika diteliti, Rasulullah SAW sering mengamalkan pemakanan yang mempercepatkan proses penghadaman.

Sedikit tambahan:
  • Madu itu kuatnya pada air. Selepas meminum madu, minumlah sekurang-kurangnya 2 liter air kerana madu itu sifatnya panas. Jadi seimbangkan sifatnya dengan air.
  • Bagaimana hendak mengetahui sama ada madu itu asli atau tidak? Madu yang tidak berubah keadaan cecairnya apabila dituang ke dalam air, itulah madu yang asli. Madu itu akan terus jatuh ke dasarnya tanpa terjejas keadaan cecairnya. Tetapi tidak mengapa jika kita menggunakan madu yang telah dicampurkan dengan gula kerana khasiatnya tetap ada.
  • Elakkan menggaul madu menggunakan sudu besi kerana dikatakan ianya bakal mengurangkan khasiat madu. 



2. Susu

Di dalam dunia ini terdapat pelbagai jenis susu. Tapi ketahuilah susu terbaik ialah susu ibu. Firman Allah yang bermaksud:

" Dan ibu2 hendaklah menyusui anaknya selama 2 tahun penuh , iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu " Surah Al-Baqarah 2:233
Tapi mengapa perlu 2 tahun? Kerana dalam tempoh itu, susu ibu akan membantu sistem penghadaman dan membunuh bakteria. Susu yang baik untuk diminum ialah susu yang berkandungan alkali kerana ianya akan meneutralkan asid yang ada di dalam perut individu yang meminumnya.
Jenis susu yang beralkali:
  1. Susu ibu;
  2. Susu ikan paus;
  3. Susu kambing

Doa untuk minum susu:

اَللَّهُمّ بَارِكْ لَنَا فِيْهِ, وَزِدْنَا مِنْه
Allahumma Baariklanaa Fiihi Wazidnaa Minhu


Maksudnya :
" Ya Allah, berkatilah kami pada minuman ini dan tambahkanlah buat kami kebaikan darinya " HR At-Tirmidzi, Ahmad dan Ibnu Majah

  • Susu ibu lebih cepat dicernakan(2 jam) berbanding susu-susu yang lain yang mengambil masa 5-8 jam untuk dicernakan.
  • Susu lembu pula ialah alternatif lain bagi anak-anak selain susu ibu. Ini kerana ianya juga berkhasiat kerana terkandung sumber zat tumbuh-tumbuhan yang dimakan oleh lembu.
  • Susu unta pula? Lemak yang terkandung dalam susu unta dikatakan 40% lebih rendah daripada susu lembu. Susu unta juga kaya dengan vitamin C dan mineral seperti magnesium, sodium, potassium dan zat besi. Susu unta mampu mempercepatkan penyembuhan luka-luka dalaman. Susu unta juga didapati berupaya mengubati pelbagai jenis penyakit dan menawarkan racun.

Terbukti susu itu amat bermanfaat bagi seluruh manusia. Amalkanlah untuk meminum susu supaya dapat memperoleh khasiat yang terkandung di dalamnya. Lebih-lebih lagi amalan ini bertepatan dengan sunnah Rasulullah SAW. Pilihlah mana-mana susupun yg diamalkan Rasulullah yang bersesuaian dgn kita.



3. Buah zaitun

 

Buah zaitun juga tidak kurang hebatnya berbanding madu kerana panghasilan buahnya yang begitu cerewet lantas menjadikan buah zaitun antara buah yang amat berkualiti tinggi dan berkhasiat.


Kehebatan pokok zaitun:
  • Pokok zaitun adalah di antara pokok yang paling lama jangka hayatnya iaitu sehingga 6000 tahun.
  • Setiap pokok pula hanya menghasilkan 15-20 kilo buah zaitun setiap tahun.
  • Pokok zaitun tidak hidup di kawasan timur mahupun barat, tetapi hidup di kawasan pertengahan seperti di negara-negara mediterranean yang beriklim bagus lantas menghasilkan pokok yang elok.
  • Daunnya dapat bertahan selama 3 tahun. Sebelum daun yang layu hendak gugur ke bumi, daun yang baru akan tumbuh dahulu.
  • Jika akar tunjangnya mati, akan terhasil satu dahan yang baru yang akan menghasilkan pokok yang baru pada dahan tersebut.

Khasiat buah zaitun:
  • Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun.
  • Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit. Sabda Rasulullah yang bermaksud: 
" Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati " HR Tarmizi dan Ibn Majah
  • Minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai "monounansaturated" yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah.
  • Minyak zaitun juga dapat melawan racun di dalam badan dengan bertindak sebagai ‘laxative' dan menyingkirkan cacing di dalam badan.



4. Kurma


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya :
"Aku melihat Rasulullah s.a.w. memakan buah-buahan dengan kurma masak "

  • 3 biji kurma dapat menghasilkan tenaga yang dapat digunakan badan kita selama sehari.
  • Kurma mengandungi kandungan kalori yang tinggi dan mudah dicerna oleh tubuh.
  • Kurma dapat menurunkan risiko serangan stroke berkat tingginya kalium yang dikandungnya.
  • Kurma mengandung zat gizi, penting bagi fungsi tubuh, terutama jantung dan pembuluh darah, iaitu kalium.


Begitulah yang sedikit sebanyak yang dapat dikongsikan tentang pengamalan Rasulullah SAW di dalam soal pemakanannya. Setiap perlakuan Rasulullah itu kita yakini berlandaskan wahyu yang suci daripada Allah SWT. Setelah sekian kajian yang dilakukan ternyata setiap pengamalan Rasulullah itu terkandung di dalamnya khasiat yang tidak terkira yang amat berguna bagi sekalian umat manusia. Mudah-mudahan kita tergolong di dalam golongan orang-orang yang cintakan sunnah Rasulullah SAW. Inilah serba sedikit usaha kita dalam menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh teladan di sepanjang hidup kita. Selamat beramal (:



Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani r.a, Rasulullah SAW bersabda,
Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikitpun. " HR Ibnu Majah

1 comments:

en. shafiQ said...

Alhamdulillah,
P'kongsian ni di catit smsa kuliah mghrib,
dan ade sdikit tmbhn mngikut pmbcaan artikel2..
Syg x tau name ustaz 2..
Slmt b'amal..

Hrp b'mnfaat :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...