Anda tak cukup masa?



Mari tanganinya menggunakan tips DTA:

1. Duduk
Duduk dulu sahabat. Kita ayik rasa kita sibuk je. Pernah terfikir tak kenapa kita sibuk? Dimana terletaknya kesibukan kita? Mari duduk sebentar, renung kembali. Tanya dan tanya pada diri.

2. Tulis
Kemudian, senaraikan kerja-kerja yang perlu dilaksanakan. Kita sudahpun kenalpasti dimana kesibukakn kita, jadi sekarang kita perlu senaraikannya pula. Selalunya kita akan melakukan kesalahan apabila kerja-kerja yang hendak dilakukakan hanya dibiarkan bermain di minda. Akhirnya, kerja kemana, ingatan entah kemana.

3. Atur
Akhir sekali, mari atur kerja-kerja terebut mengikut keperluan yang utama. Kerja apa yang perlu kita utamakan dahulu?


  Macam ni beru betul. Baru mudah kita nak laksanakan kerja-kerja kita. Taklah minda kita ni terbeban sangat. Hikmahnya, minda kita boleh difokuskan kepada perkara-perkara yang lebih penting. Ingat balik, setiap manusia Allah kurniakan tempoh masa yang sama, 24jam sehari. Jadi contohilah mereka-mereka yang berjaya. Bagaimana Rasulullah mentadbir sebuah kerajaan sambil tidak terlepas solat berjemaah di masjid? Dengan tahajjudnya, dengan dhuhanya. Nak dibandingkan dengan kita, apa la sangat kerja kita ni. Mari buang segala rungutan-rungutan yang ada tu. Hentikan merungut, kejayaan kita kaut!


"Demi Masa! 
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; 
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
(al-Asr 103: 1-3)

2 comments:

fatinah saje said...

terbaek wokk~ (:
ad je tips dy..hee

en. shafiQ said...

thnx !
mari beramal (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...