Mengapa buta?

Bismillah.

Sekadar tertanya pada diri.. Mengapa saat kita ditaklifkan sebagai pimpinan..saat kita berjawatan..pandangan mata kita sungguh celik, mampu menafsir dan memahami keadaan dengan baik. Tetapi bila kita bukan lagi ditaklifkan sebagai pimpinan, tiada lagi memegang jawatan..pandangan mata kita terus buta. Mengapa?



Lama aku memikirkan persoalan ini. Sungguh risau jika diri aku sendiri diuji dengan hal yang demikian.
Kita perlu sedar bahawa walau setinggi dan sejauh manapun pengalaman kita..setajam mana pun buah fikiran kita..kita tidak akan pernah yakin bahawa pandangan dan buah fikir kita adalah yang terbaik. Maka di situlah hadirnya ajaran Islam yang sungguh indah, yang menuntut kita bermusyawwarah dalam menetapkan sesuatu keputusan. Maka apabila keputusan mesyuarat telah diputuskan, janganlah lagi kita mengambil sikap meletakkan 'kepala otak' kita di atas keputusan mesyuarat.

Kerana kita tahu bahawa mesyuarat ini ada disiplin-disiplinnya, ada melibatkan pelbagai sisi pandang, melibatkan perbahasan yang melumatkan sudut pandang dan banyak lagi kelebihan-kelebihan berbanding berfikir secara bersendiri.

Jika pernah ditarbiyyah dalam kepimpinan..janganlah dilupakan terus disiplin yang asas ini. Sudah barang pasti sebelum sesuatu keputusan itu dikeluarkan, sudah mengambil kira banyak sudut pandang dan mengambil kira maslahat secara majoriti bukan lagi maslahat individu.

Nasihat buat diri.

Wallahualam.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...