Seram, Realiti atau Fantasi?

Malam ni aku saje nak try test posting gune nset. Yeahh..hehe. But posting ni tak kosong. Aku nak kongsikan satu kejadian aneh yang aku lalui, baru-baru ni je. Aneh, pelik, seram, geram, sume ade. Perasaan bercampur-baur.

Aku stay kat rumah sewa aku ni boleh tahan lame da. Selame ni ok je. But malam ni...aishhh...dia buat hal dah.

Buat mase ni kitorang just berdua je dalam rumah ni. Aku ngan sorang lagi housemate aku.

Pendekkan cite r k?

Baru-baru ni aku tido seperti biasa. Bace r doa tdo sume 2. Dah dijadikan kebiasaan. Just satu kelainan malam 2 adalah apa yang terlintas kat benak fikiran aku ni. "Uihh..sedap r tido sekarang. Ye r, dah biasa dah ngan suasana bilik ni. So takde nak takut-takut nak pejam mate macam time kecik-kecik dulu. " Yep, asal r aku terfikir pasal benda tu. Padahal rasa takut pada jin memang dah lama pupus dalam diri aku. Kerananya mereka juga makhluk seperti kita. Cumanya jagalah hak sesama makhluk.

Ok...

Malam tu aku just tido macam biase. But...jeng jeng jeng! Di pertengahan pelayaran bahtera tidur aku tu...aku semacam bermimpi..

Fasa ni korang kena pandai-pandai la bayangkan ye...

Semacam aku bermimpi aku melihat aku sedang tidur. Tapi dalam melihat itu aku merasa aku sedang tidur, bukan merasa seperti aku melihat aku sedang tidur. Faham tak? Pelik sikit an. Pandai-pandai r korang bayangkan. Ok, aku sedang tidur dalam bilik, suasana gelap. Memang kitorang tidur, semua lampu dimatikan. Tapi, dalam situasi tu pintu bilik aku tak tertutup padahal kebiasaannya aku akan tutup dan kunci pintu bilik sebelum tidur.

Ok, then?

Then dalam situasi itu..hadir seorang kawan yang aku kenali berpakaian putih-putih kelabu macam tu r. Berkata pada aku sambil tangannya menggoyang-goyangkan paha aku. Katanya lebih kurang begini "Eh Shafiq, kau tido sorang je? Bangun-bangun."

Then ape reaksi aku? Aku semacam marah pada kawan aku tu. Fikirku, aku dah kunci pintu rumah, macam mane dia boleh masuk. Lagipun, sebelum dia masuk, dia kena bagi salam. Kalau tiga kali beri salam tanpa sahutan orang yang berada di dalam rumah, dia kena beransur jika menurut adab Islam. So kawan aku tu mesti maen redah je masuk rumah aku sebab macam mane aku nak jawab salam kalau aku sedang tidur! So mesti dia maen masuk je rumah aku malam-malam macam tu. Tu yang aku marah tu.

Then ape tindakan aku?

Aku semacam menggenggam di bahagian badannya sambil bertanya dengan nada yang sedikit tinggi "Macam mana kau boleh masuk? Hah?!"

Then aku semacam terasa yang badan aku ini melawan arus. Melawan himpitan. Macam badan aku sukar bergerak, tapi aku paksa untuk bergerak. Sebab apa aku nak bergerak? Sebab aku nak menudingkan tanganku pada kawanku itu untuk mengekspresikan kemarahan.

Dalam kesusahan untuk bergerak itu, tatkala tangan aku mampu bergerak...lantas mataku terbuka..sedarnya keadaan gelap dalam bilikku, pintu bertutup. Tapi yang bestnya aku melihat satu lembaga hitam yang sedang beransur pergi betul-betul pada aras pandangan mata aku.

Ah sudah, ape benda ni? Aku kekeliruan. Mulalah bibir ini berkumat-kamit ayat-ayat suci al-Quran. Melihat jam, pukul lebih kurang 4 suku. Kojaq punye setan!

Persoalannye, keadaan yang aku lalui itu realiti atau fantasi? Kerana rasanya sungguh real. Sambil aku kekeliruan. Allahu'alam.

Bertaqwalah pada Allah penciptamu wahai sekalian makhluk!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...