Beramal di Bulan Zulhijjah



Tarikh penting untuk muslimin & muslimat :

Maghrib 5 Oktober 2013, sabtu malam ahad = 1 Zulhijjah 1434Hijrah

Semua yang terlibat dengan ibadah korban, disunnahkan agar tidak menggunting rambut dan memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah hingga ke hari dia berkorban. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

"Apabila kamu telah melihat anak bulan zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka maka jangan memotong sedikitpun dari rambut dan kukunya." HR Muslim

 

Isnin 14 Okt = Hari Arafah 9 Zulhijjah

Jom kita puasa ramai-ramai.

Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: 

"Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." HR Muslim & Tirmidzi

Takbir raya Aidil Adha selepas Maghrib hari ke 9 Zulhijjah (14 Okt) dan berakhir selepas Asar hari ke 13 Zulhijjah. (masuk maghrib 14 zulhijjah tamat)

 


Selasa 15 Okt = 10 Zulhijjah Eidul Adha
 

Solat Raya. Bawa semua anak , isteri termasuk yangg uzur/haid.

Hadis dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi SAW bersabda: 

Tidak ada amal yang dilakukan di hari yang lebih agung dan lebih dicintai Allah melebihi amal yang dilakukan di tanggal 1 – 10 Zulhijjah. Oleh kerana itu, perbanyaklah membaca tahlil, takbir, dan tahmid pada hari itu.HR Ahmad & Sanadnya disahihkan Syaikh Ahmad Syakir

Baginda memerintahkan para wanita yang sedang haid untuk turut serta menghadirkan diri di musolla hanya untuk menyaksikan upacara solat Hari Raya tersebut.

Ummu ‘Athiyah radhiallahu’ anha telah berkata:

أُمِرْنَا أَنْ نَخْرُجَ فَنُخْرِجَ الْحُيَّضَ وَالْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ. قَالَ ابْنُ عَوْنٍ: أَوْ الْعَوَاتِقَ ذَوَاتِ الْخُدُورِ,
فَأَمَّا الْحُيَّضُ فَيَشْهَدْنَ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَدَعْوَتَهُمْ وَيَعْتَزِلْنَ مُصَلَّاهُمْ.

Maksudnya:

Kami telah diperintahkan (oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) untuk keluar, maka kami memerintahkan wanita-wanita yang sedang haid, para gadis dan wanita-wanita pingitan untuk keluar. Ibnu ‘Aun berkata: “atau wanita-wanita pingitan,” dan wanita-wanita yang haid diperintahkan (Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) agar menyaksikan jamaah kaum muslimin dan dakwah mereka serta menjauhi tempat solat. HR Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedaini, no: 981.

Catatan : Maulana Usamah

Sumber : FB : Tahu Faham Dan Amal

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...