Jom Kerja!

  

   Well, Diploma da settle, so ape nak buat? Lepak? Sudah-sudah la tabiat lame tuh..hehe. Ade yang decide nak sambung belajar lagi, ade yang nak kerja dulu, ade yang nak kawen terus..adeyy..hehe. Kalau korang perempuan tak kesah r bile-bilepun ko boleh kawen sambil tersenyum lebar :P Papepun perancangan korang, fikirlah sedalamnya, berbincanglah dengan ahli keluarga, dengan rasa penuh pengharapan pada Allah, rasa penggantungan kepada Allah. Just, janganlah, jangan ada mind set nak lepak-lepak kat rumah, nak tunggu tawaran-tawaran jatuh ke riba dengan tiba-tiba. Kemonlah kawan-kawan, mana mungkin tanpa usaha!

   So kepada sesiapa yang bercadang untuk menimba pengalaman terlebih dahulu, boleh kate kita ni geng lah..kiki. Perancangan awal aku memang nak sambung study terus, tapi perancangan itu 'dilanggar' masa, 'ditelan' dek zaman..hehe. Alkisahnye, lepas Ramadhan aku buat part time, sepanjang itu banyak membuka mata aku ditambah lagi dengan perbincangan-pertanyaan pendapat dengan mereka-mereka yang banyak makan garam (mungkin sebab garam murah, yeke?)hehe. So aku decide nak cari serius job dulu, yang pentingnya tak lari dari course pembelajaran aku nih. Banyak nilai tambahnya, aku dapat mempertajamkan lagi ilmu yang aku ada, belajar berdikari, kumpul duit dll. Kumpul duit?hehe. Aku still nak sambung belajar bro, so perancangannya aku nak bekerja ni minimum in 1 year period, nak kumpul duit so nak sambung belajar nanti tak perlu nak pinjam-pinjam lagi, 15,000 ni pun boleh nangis kalau difikirkan, ni nak tambah lagi hutang?! So nanti takdelah aku menyusahkan family aku. Kalau ade rezeki Allah buat aku, mudah-mudahan aku nampak bibit-bibit aset aku yang penting.

   Fasa sekarang ni hentikan berlengah, takde mase nak bersantai-santai, lepak-lepak, huha-huha, ape lagi? Ape lagi? Buanglah tabiat bebudak tu sume. Lengah terlebih, tertinggal lah ko, kalau dulu orang mengingatkan, sekarang takkan nak mengharapkan sebegitu lagi? Kita yang perlu fikirkan sendiri! Kita yang kena bergerak! Move-move!

  Ade yang otak bisnes. Bagus-bagus, salute bro! Ape yang boleh aku katakan, sebaek-baek pilihan adalah berniaga. Aku sudahpun melihat gerak kerja sahabat aku yang 'otak bisnes' ni dan mereka sekarang ni pun sudah hampir ke bibit-bibit kejayaan. Cemburu ok, aku cemburu. Bukan ape, nak jadi macam mereka jugak. But, perancangannya aku nak stick to my course, networking. So kalau aku nak berbisnes dalam area networkingpun, sekurang-kurangnya aku kena ada pengalaman, bukak mata dulu. Sekarang aku masih childish lagi. Mudah-mudah dipermudahkan Allah.



   Pesan hamba, kalau decide nak sambung study lagi, kenalah peka terhadap tarikh tawaran, UPU suma tu, jangan tertinggal. Then kalau decide nak kerja dulu, rajin-rajinkanlah diri search job's vacancies yang berlambak kat internet nih. Buat resume, buat cover letter, Apply! Apply! Apply! Usaha tu part kita. Dapat tak dapat, tu kerja Allah. Kalau kerja kita pun kita tak buat, kita nak mengharap kerja Allah jatuh ke riba. Tak jadi gitu bro. Ok?

 Doakan aku. Mudahan kalian juga berjaya dan selamat demi ummah, insya Allah (:

2 comments:

kita kira sekaki jugak la eh..heee...goodluck!!!

Zul Uquul said...

Allahumma amin (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...