Zakat Fitrah, Sape Yang Wajib Bayar?


Bismillah,

Zakat adalah salah satu daripada Rukun Islam yang 5. Ia diwajibkan ke atas setiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Zakat mula diwajibkan kepada kaum muslimin pada tahun ke-2 Hijrah. Perintah ini berdasarkan suruhan Allah yang terkandung di dalam al-Quran.

Allah berfirman:
"Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya kamu membersihkan mereka (daripada akhlak yang buruk)." At-Taubah: 103

Zakat ni ade 2 jenis je iaitu zakat fitrah dengan zakat harta. So, sekarang kita dalam bulan Ramadhan an, tak lame je lagi dah nak masuk Syawal. So elok kita review balek mengenai zakat fitrah nih.

Zakat fitrah atau zakat badaniyah hendaklah dikeluarkan sepanjang bulan Ramadhan sehingga tempoh tamatnya iaitu selepas solat sunat Hari Raya Aidilfitri.



Just to make content simple, so aku letak drop link tu. Korang just klik je button uh untuk bukak-tutup content.



Peringatan | Mengenai Zakat Fitrah

  • Tidak diwajibkan zakat fitrah kepada orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan tersebut.
  • Tidak wajib zakat fitrah selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan kepada:
1. Orang yang baru memeluk agama Islam.
2. Orang lelaki yang baru menikah.
3. Bayi yang baru lahir.

  • Kadar zakat fitrah bagi individu dan tanggungannya berdasarkan '1 gantang Baghdad' bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya.

Usha kadar bayaran zakat fitrah 2013; sini !


Sumber:
Mohd Fikri Che Hussain
Suci Diri Mencari Ilahi m/s 312

Powered by Blogger.