Hilwan - Sebuah Cinta [Lirik]

Pernah dengar lagu tu? Teringat, dulu ade kenalan facebook yang share lagu tu kat wall dia. Try la dengar jugak, tapi time tu impression aku mcm 'wuih, lirih mantop tapi macam tak best je nanyi?'hehe. So aku pon abaikanlah lagu tu sampai ke sekian waktu. Nak dijadikan cite, sambil-sambil aku dengar Nasyid.fm, dimainkan pulak lagu Hilwan - Dunia Impianku. 'Aishh, sedap pulak lagu nih.' So aku pon google lah nak download. Aeh? Takde?hehe. Munsyid baru rupenye diorang nih, not bad lah korang. Then terjumpa la pulak lagu Sebuah Cinta nih. Upenye yang aku rase tak berapa sedap uh versi baru. Versi lame yang akustik kot, sempoy pulak telinga aku ni dengar..kiki.

   Err..sori-sori. Aku bukan nak jiwang bagai kat sini. Cuma lirik lagu uh dalam dan sepatutnya menjadi buah fikiran pemuda-pemudi kat luar sana. Bukan apa, ada sekalian makhluk yang agak gelojoh dalam soal percintaan ni. Dah suke, nak luah sokmo. Dah luah, then next step? Buah fikiran kita sepatutnya tak lari dari sebuah pernikahan, so dalam menuju pernikahan tu ada batas-batas yang kita perlu hadapi terlebih dahulu. Kalau kita ni lelaki yang bertanggungjawab, then kita perlu hadapi batas-batas tersebut, perlu fikirkan dengan terkehadapan, be serious.

  Eh, yang dah nak kawen tu bagus lah..hehe. Move on, aku sayang dan cemburu pada kalian. Just tak berapa nak gemor dengan deme-deme yang sibuk bercintan-cinton, walhal gerbang pernikahan tu masih jauh lagi, tambah-tambah lagi ade yang tak fikirpun nak kawen ke ape.

Well, ni lagu beserta liriknya. Fikir-fikirkanlah k (:

Hilwan - Sebuah Cinta [Lirik]


Bukan aku berdusta
Menyembunyikan segala rasa
Malah terlalu inginku nyatakan
Untuk kau tahu apa yang tersimpan


Semua yang lama ku pendam
Jauh di sudut hati tertanam
Perasaan yang kian menyiksakan


Tak mampu untuk ku luahkan
Kerna bukan masanya untuk kau dengarkan
Masih ada yang perlu difikirkan
Sebelum termeterai sebuah ikatan


Allahu Rabbi
Ya Malik al-Qalbi
Ya Shafi an-Nafsi
Inni arjuu ilaika


Duhai kasih
Pemilik hati ini
Penyembuh lara jiwa
Kuserahkan pada-Mu segala

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...