Rokok Musuh Kita !

Assalamu'alaikum.

Bismillah, alhamdulillah kita masih lagi bernafas di bumi Allah ini. Maknanya, Allah masih lagi manghamparkan peluang kepada kita untuk memperbaiki amalan kita. Maksiat? Dosa? Lalai? Kita semua pernah melakukannya. Tapi jangan sesekali diambil ringan. Peluang ini, nikmat ini, pinjaman nyawa yang masih lagi dipanjangkan buat kita, eloklah kita gunakan untuk mencapai mardhatillah, menggapai redhaNya, cintaNya. Bertaubatlah di atas segala kesilapan yang pernah kita lakukan kepadaNya.

"Sesungguhnya Allah yang Maha Mulia lagi Maha Agung menerima taubat seseorang sebelum nyawanya sampai di kerongkong." HR Tirmidzi

Aku bersyukur kepada Allah kerana aku ada mengetahui satu kisah yang ingin benar aku kongsikan kepada kalian. Mengapa? Kerana aku secara peribadinya merasa kisah ini amat terkesan buat diriku. Maka, aku amat harap perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak sahabat-sahibah seagamaku di luar sana yang amat aku kasihi kerana Allah SWT.


Kalian tengok tajukpun dah tau an kisah apa yang hendak aku kongsikan di sini. Ya, perihal rokok. Jadi, pertamanya nak tanya, setuju tak bahawa rokok itu musuh kita? Setuju? Ok, gud. Tapi kalau ada yang tak setuju, something wrong somewhere i guess. Bila kita kata rokok itu musuh kita, mengapa kita tidak memeranginya? Mengapa tidak memusuhinya? Mengapa tidak menjauhinya? Aku beri analogi mudah..

Bayangkan anda berhadapan dengan seekor dinasor dengan bersenjatakan selaras bazooka. Dinasor tu rilek je, nampak je anda dia terus mengejar nak terkam. Tapi anda? Anda dah ada bazooka, so apa tindakan anda? Tembak? Lari? Menjerit? Ok, normal. Tapi kalau anda memilih untuk memeluk dinasor itu? Peluk? Shaking hands?haha.
 Are you kidding me? Get it don't ya?

Jadi, sewajarnya kita beranggapan bahawa rokok itu musuh kita. Maka, lagaklah seperti ia musuh kita. Tapi aku yakin, dalam perang ini anda akan berhadapan dengan berbagai tentangan. Tau ape? Syaitan! Nafsu! Diri anda sendiri! Kasi clear bab ni.

Kisah itu, let's begin...

Nama aku Alwan. Siapa aku? Aku ni remaja biasa seperti remaja-remaja yang lain. At least, i thought so before. Ya, suasana persahabatan disekelilingku agak tenat, rosak memang rosak. Kawan-kawan aku majoritinya nakal-nakal. Aku sendiri memang nakal, memang nakal. Aku mula menghisap rokok seawal usia 14 tahun. Nak dibandingkan dengan kawan-kawan aku yang lain, aku ni kira lewat jugaklah start isap rokok. Sebab, biasanya kawan-kawan aku ni dari sekolah rendah dah mula berjinak-jinak dengan rokok. Tapi aku, aku mula isap rokok time aku form 2. Alasannya? Aku frust time tu. Entah frust sebab apa, mungkin hanya alasan yang dicipta, sedangkan aku benar-benar teringin menghisap rokok. Ye la, kawan-kawan aku semua hisap rokok. Takkan aku tak teringin? Nampak stylo pulak rasanya hisap rokok nih.

Sesi persekolahan tamat. Macam biasa, kami lepak diluar sekolah menunggu bas. Hari itulah hari pertama, hari pertama aku menghisap rokok. Aku beli rokok dunhill batang. Simpan dalam poket. Then, berhembus dalam bas sekolah. Ya, itu senario pertama-tama aku menghisap rokok. Since then, aku terus menghisap rokok. Bila lapar rokok, bila kenyang rokok, bila haus rokok, bila boring rokok, masuk sekolah rokok, habis sekolah rokok, ponteng kelas rokok, overnight rokok, bersukan rokok, sebelum tidur rokok. Eh, rokok ni umpama gula-gula la senang cerita! Memang aku ketagih, aku mula addicted.

Bohong! Dulu sebelum aku mula menghisap rokok, kata kawan-kawanku "rokok ni tak ketagihpun, bukan macam ganja". Bohong! Bohong! Dah ni aku ketagih, kau nak cakap apa?! Dah la masih belajar, duit belanja yang ciput tu, dah nak kena divide untuk beli rokok. Macam-macam jenis rokok aku dah try, dari yang 'legal' oleh kerajaan sampai ke yang seludup. Memang aku dah try. Tapi yang peliknya aku nih, selera tekak aku selera 'suria'. Ya, 'gudang garam'. Nak beli, kena beli yang 12, asli katanya, rasapun pekat. Kalau dikalangan perokok tegar ni memang sudah sedia maklum, rokok suria memang antara yang paling piau! Tembakaunya pekat. Dah aku minat yang tu, hari-hari aku hisap yang tuh. Rasa ketagih aku kian menebal hari demi hari. Percayalah, aku memang dah ketagih. Sebelum ni dah banyak kali aku cuba untuk berhenti, demam la, selsema la, tak sedap badan la. At least itulah alasan aku untuk terus menghisap rokok.

Aishh, dekat-dekat nak SPM nih, aku semakin dekat dengan Islam. Kalau dulu aku 'faham tanpa amal'. Sekarang aku mula berjinak-jinak untuk menjaga amal aku. Aku cukup jaga solat. Dah mula berjinak-jinak untuk solat berjemaah. Bila lepak dengan kawan-kawanpun selalu sembang soal agama, walaupun berhembus-berkepul dengan asap rokok. Itu masalahnya, aku semakin dekat dengan Islam, tapi aku masih lagi menghisap rokok. Banyak faktor yang amat menyukarkan aku untuk berhenti menghisap rokok. Antaranya, merokok dah memang rutin harian aku! Ok, aku bagi contoh...

Kalau hari-hari korang tengok tv. Memang hari-hari tengok tv. Hari-hari tengok sampai lebam. Then, satu hari tu tv korang meletop! Korang dah tak dapat nak tengok tv dah. Apa yang korang rasa? Satu-satunya rutin harian die hard yang korang buat, korang dah tak boleh nak buat. Ape rase? 

Haa..begitulah yang aku rase dalam soal rokok ni.

Alhamdulillah, aku ade seorang rakan yang sering mengingatkan aku soal rokok. Lembut tuturnya menasihati aku soal rokok. Tiada caci, tiada keji. Simply dengan sering bertanya kepada aku "Alwan, bila kau nak berhenti merokok nih?". Dia bijak, dia berhikmah. Dia langsung tidak berhujah dengan aku. Mungkin kerana dia sudah sedia maklum, soal hujah ni, soal mengapa perlu berhenti merokok, apa musibahnya bila menghisap rokok, keburukannya, hukumnya, aku memang sudah sedia maklum. Masalahnya, aku masih lemah dalam berhadapan dengan musuh dalam peperangan 'stop smoking' ni. Aku sedar hakikat, aku lemah. Lemah.

Terima kasih kawan. Kerana tidak pernah jemu bertanya padaku "Alwan, bila kau nak berhenti merokok nih?". Buat aku sering memikirkan, buat rasa bersalahku semakin menebal. Selalunya aku akan jawab "nanti-natilah", "insya Allah, bila sampai masa nanti" dan macam-macam lagi. Puihh, alasan lagi! Akhirnya, satu malam tu dia bertanya lagi soal rokok. Tapi jawapanku sedikit berbeza. Kataku "Insya Allah, aku cuba.". Nah! itu yang aku ungkapkan, itu yang perlu aku lakukan. Sudahku lafazkan, kini tinggal aku kotakan. Ya, sebenarnya kataku itu lahir dari hati. Aku sudah tekad sebenarnya. Aku akan berhadapan dengan musuhku ini dengan serius.


Sekian lama aku cuba berhenti merokok. Cuba-gagal. Cuba-gagal. Aku dah naik muak sebenarnya. Tapi kali ni berbeza. Aku dapat rasakan perbezaannya. Rohnya hangat. Semangat aku berlainan. Aku lebih serius, aku berstrategi. Tau mengapa? Kerana kali ni, aku bertekad untuk berhenti merokok atas dasar kepatuhan. Kepatuhan kepada Allah dan RasulNya. Aku faham, makna Islam itu sendiri adalah "tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT." Jadi, kalaulah musuh rokokpun aku tak dapat nak tandingi, siapalah aku untuk berhadapan dengan musuh yang lebih hebat lagi dari itu? Yeah, aku mula buat mind set.

Mulanya mujahadah...

Hari ini, umat Islam seluruh dunia sedang menghitung hari untuk menyambut kedatangan bulan yang mulia, Ramadhan al-Mubarak. Lusa dah start puasa, jadi aku perlu memanfaatkan bulan Ramadhan ini dalam usaha aku untuk berhenti merokok. Apa strategi aku? Esok adalah sehari sebelum Ramadhan. Pada malam ni, aku keluar rumah agak lewat, lebih kurang pukul 11 malam. Bukan niat aku untuk lepak dengan kawan-kawan, cuma mungkin aku banyak memikirkan soal rokok tu. Ya, aku benar-benar fikir soal itu. Malam tu, aku jalan seorang diri. Akhirnya aku buat satu keputusan. Aku menuju ke kedai runcit untuk membeli sebatang rokok suria. Kemudian terus menuju ke tempat aku dan kawan-kawan sering lepak bersama. Aishh, pelik. Malam ni tiada seorangpun disitu. Mungkin sudah takdirnya begitu.

Aku tekad..

Apa yang aku tekadkan? Malam itu, aku berkata pada diri, aku mula menanam tekad dan azam. Saat itu aku berjanji pada diri "Ini adalah rokok terakhir yang akan aku hisap". Then aku mencabar diri aku sendiri "Kalau esok aku boleh tahan tak hisap rokok, selama-lamanya aku pasti boleh hidup tanpa rokok!". Ya, itu yang aku kata pada diri.

Kawan-kawan, apa yang kau katakan pada dirimu?

Inilah hari cabarannya. Jika aku dapat menahan nafsuku daripada menghisap rokok pada hari ini, sudah barang tentu aku dapat berhenti selamanya. Guess what? Hari ini, bukan mudah untuk aku harungi. Percayalah, dugaannya menebal. Bayangkan, rokok aku tak belipun, tapi peliknya kawan-kawan banyak yang 'menghulur'. Masing-masing hulur rokok ke aku. Yang dulu kedekut pahit, tapi hari ni murah hati pulak nak menderma..huhu. Aku laluinya dengan tabah. Teka lagi? Aku berjaya mengharungi hari ini tanpa rokok! Aku berjaya! Alhamdulillah.

Aku bersedia menanti ketibaan hari esok, hari pertama di bulan yang barakah, bulan Ramadhan yang mulia.

Yes, sejak hari itu sehingga kini aku terus berhenti merokok. Ya, terus. Peliknya, tiadapun demam? Tiadapun selsema? Tiadapun tidak sedap badan? Nothing! Tapi tidak aku nafikan, seminggu-dua selepas itu bukan mudah untuk aku hadapi. Seperti yang pernah aku hightlightkan, aku benar-benar bermujahadah menentang musuh dalam peperangan ini. Aku berperang dengan syaitan, nafsu, dan diri aku sendiri. Aku menang! Aku menang! Sehingga kini, aku sudah tidak lagi menghisap rokok. Aku bersyukur pada Allah. Alhamdulillah (:

Me Alwan, sekian perkongsian dariku...



Kawan-kawan, jika ada yang menasihatkan dirimu untuk berhenti merokok, janganlah dijawab "aku dah cuba, tapi memang tak boleh", "tak boleh, nanti aku sakit" dan bermacam-macam lagi alasan. Cukuplah kisah Alwan itu kalian jadikan hujah mematahkan alasan kalian itu. Tegas.

Tanya diri. Benarkah anda mahu berhenti merokok? Atau sekadar menipu diri sendiri? Jika anda benar-benar mahu berhenti merokok, anda boleh! Masalahnya, anda tidak mahu sebenarnya. Apa yang keluar dari mulut anda itu semua alasan. Hakikatnya, anda telah tewas dengan syaitan, nafsu dan diri anda sendiri! Anda tewas! Nasihat dariku, carilah semula sebab mengapa anda perlu berhenti merokok. Nyatanya, sebab yang paling kukuh untuk ada berpegang padanyan adalah sepertimana pegangan Alwan.

" aku bertekad untuk berhenti merokok atas dasar kepatuhan. "

Ya kepatuhan. Kepatuhan yang menyeluruh kepada Allah. Subsmission to Allah. Sedarlah, tanpa kepatuhan, tiada lain melainkan ingkar. Bukankah 'kepatuhan' itu sebab yang paling besar untuk kalian berpegang padanya? Sudah tidak timbul lagi soal alasan. Jawapannya hanya satu. Jika kerana Allah, apalah sangat rokok itu. Apalah sangat rokok itu wahai sahabat-sahibahku sekalian. Allahurabbi...


(:

2 comments:

assalammualaikum,lama tak singgah ke sini. :)

en. shafiQ said...

Wa'alaikummussalam, syukran then (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...