Soal Palestin, Soal Kita


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.

Sahabat bertanya "Di mana mereka itu?"

Baginda menjawab "Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya." " HR Muslim

Tau tak apa motivasi buat saudara-saudari pejuang kita di Palestin?
" Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu: Orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. " al-Baqarah 2: 154-155
 Jika di Palestin, ayat di atas adalah ayat kelaziman yang akan terukir di bibir mereka. Janji Allah itu pasti. Teguh tertanam di sanubari, ayat itu dijadikan motivasi.


Mengapa? Mengapa saudara? Teguh kau perjuang sedang seharian kau dibedil, diseksa dan dibunuh? Mengapa saudara? Mengapa Saudari?

Bukan kerana ini adalah tanah air kami, bukan.
Bukan kerana ini hak kami, bukan.
Bukan kerana dendam, bukan.
Tapi kerana masjid itu, masjid al-Aqsa!
Masjid itu milik umat Islam seluruhnya!
Masakan kami mampu hanya berpeluk tubuh melihat?
Maka perjuangan ini, tulus kerana Allah.
Tidak mahukah kau turut serta?
 


Jap, apa yang istimewanya Palestin nih?

Ape yang dibulatkan tu?

      Ketahuilah kalian bahawa ianya (Palestin itu):

     1)  Bumi para Anbiya'

Ramai Anbiya' yg disebut dlm al-Quran dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan di situ (lebih 50 orang). Antaranya ialah Nabi Ibrahim AS (dimakamkan di Khalil-Hebron), Nabi Ismail AS, Nabi Musa AS, Nabi Ishaq AS, Nabi Ya'qub AS, Nabi Syu'ib AS, Nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS, Nabi Isa AS dll.


     2)  Terletaknya Masjid al-Aqsa

  • Kiblat pertama umat Islam
  • Masjid kedua yang diciptakan Allah SWT di muka bumi

Di dalam sebuah Hadith, Abu Dhar telah mengatakan:
" Pada satu ketika aku bertanyakan Rasulullah SAW apakah masjid yang pertama di bumi; Baginda SAW telah berkata Masjidil-haram. Kemudian aku bertanyakan baginda SAW: Kemudian, masjid mana? Baginda SAW menjawab: Masjidil-Aqsa. Aku kemudiannya bertanya kepada baginda apakah jangka-masa diantara tertubuhnya kedua-dua masjid tersebut; dan Baginda SAW menjawab: empat puluh tahun. " HR Bukhari

  • Masjid suci ketiga bagi umat Islam
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
" Janganlah kamu bersusah payah untuk bermusafir kecuali untuk menuju ke tiga masjid (iaitu) Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa. " HR Bukhari & Muslim


     3)  Bumi berlakunya Isra' dan Mi'raj 

Firman Allah SWT yang bermaksud: 
" Maha Suci Allah SWT yang telah mengIsra'kan hambaNya (Muhammad SAW) pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya untuk Kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda kekuasaan Kami. " Surah al-Isra' 17: 1


    4)  Bumi Mahsyar dan kebangkitan
Maimunah telah bertanya kepada Nabi SAW; "Ya Rasulullah SAW, berikan kami fatwa berkenaan Baitul Maqdis." Baginda SAW menjawab "Ia adalah bumi Mahsyar dan Kebangkitan". HR Imam Ahmad & Ibnu Majah


Sahabat-sahabat ingat tak Nabi kita pernah bersabda..

Maksudnya:
Perumpamaan orang mukmin itu dalam perkara berkasih sayang dan saling cinta-menyintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggota tubunhnya berasa sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasai akan kesakitannya.Muntafaq ‘Alaih

Kata cikgu Azmi semalam, tidak Muslim kita ni jika kita tidak mengambil tahu tentang Muslim yang lain. Perlu sama mengambil tahu, sama merasa.

Alhamdulillah kerana diberi rezeki untuk berada bersama dalam ceramah Palestin dari MAPIM bertempat di masjid daerah Manjung semalam. Tujuan aku menulis ini, ya untuk berkongsi. Tapi yang lebih utama ialah untuk melahirkan semula rasa kasih kita kepada masjid al-Aqsa itu sendiri ditambah lagi kepada saudara-saudari kita yang bermati-matian memperjuangkannya. Ya, kian sedar diri ini rupanya rasa kasih itu kian hilang sebenarnya. Bergegar bumi Palestin dengan perjuangan para mujahid, kita di sini masih boleh bergelak tawa. Benar, kita perlu ambil tahu, doakan mereka, sebarkan, sebarkanlah berita tentang al-Aqsa! sebarkan tentang kekejaman rejim zionis itu! Biar perkongsian kita ini bercambah, agar tidak hilang rasa itu dikalangan kita warga Malaysia yang diuji dengan kesenangan. Jauhnya kita dari al-Aqsa. Biar mana jauhpun jaraknya, rasa di hati ini tetap dekat (:


Rujukan:
1) Ceramah Palestin (MAPIM) semalam
3) MaduDanKurma

3 comments:

Cik Kay Jue said...

Thanks for sharing.. Alhamdulillah dapat tambah ilmu dan rasa kasih pada Masjid al-Aqsa... :)

Ckin Kembaq said...

Ganjaran utk mereka di sana...Allah..sangat kerdil diri kita yang lemah dengan ujian duniawi... =_=

hazdnul said...

syukran di atas perkongsian..:) dpt tmbah ilmu & pemgethuan sal palestin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...