Dhuha-Mu

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
" Hendaklah masing-masing setiap pagi bersedekah untuk persendian (ruas tulang) tubuh badannya. Maka setiap kali bacaan tasbih (Subhanallah) itu sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) itu sedekah, setiap bacaan tahlil (Lailahaillallah) itu sedekah, setiap takbir (Allahuakbar) itu sedekah, amar makruf nahi mungkar (menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan) itu sedekah, dan sebagai ganti itu semua, cukuplah mengerjakan solat dhuha dua rakaat. "

Aimakk..tingginya darjat solat sunat Dhuha !



Kawan-kawan, apa itu Dhuha?

Solat Dhuha adalah solat sunnah yang dilakukan setelah terbit matahari sampai menjelang masuk waktu zohor. Disunatkan melaksanakannya pada waktu matahari naik agak tinggi dan panas agak terik. Solat Dhuha lebih dikenali dengan solat sunnah yang bertujuan untuk memohon rezeki dari Allah SWT.

Dan kalian sudah sedia maklum betapa luasnya pengertian rezeki itu (:


Hmm..boleh terangkan lagi tak fadhilat-fadhilat melakukan solat sunat Dhuha ni?


Hadis-Hadis Fadhilat Solat Sunat Dhuha:

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah telah berfirman:
Wahai anak Adam! Bersolatlah untuk Aku di awal pagi, nescaya Aku akan mencukupimu di akhirnya. ” HR Ahmad

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud: 
Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan. "

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
Barangsiapa yang menjaga solat Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan. ” HR Ibnu Majah dan At-Tirmidzi

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud: 
" Barangsiapa yang menunaikan solat sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanya sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya. ” HR At-Thabarani 

(andai kata anda skip hadis-hadis di atas..hehe) c(:

Ringkasan fadhilat solat sunat Dhuha:
1)  Diampunkan segala dosa (istiqamah)
2)  Menarik rezeki dan menolak kepapaan (2 rakaat)
3)  Tdk tergolong dlm golongan yg lalai mengingati Allah (2 rakaat)
4)  Tergolong dalam golongan yang suka beribadat (4 rakaat)
5)  Dicukupkan keperluan harian (6 rakaat)
6)  Tergolong dalam golongan orang yang taat (8 rakaat)
7)  Dibinakan mahligai di dalam syurga (12 rakaat)


Bagaimana dengan pengiraan masanya?

Hah, nih sebenarnya perkongsian dari Haji Zubairi. Dia yang memaklumkan kepada aku tentang lampiran di dalam majalah solusi tentang pengiraan waktu Dhuha nih. Dulu yang kita tau nak kira waktu dhuha nih 27minit selepas waktu syuruk an. Tapi dalam solusi nih best sikit. Lebih detail (:

Waktu melakukannya ialah dari waktu naik matahari sehingga waktu condong matahari kearah barat dan pengiraan waktu Dhuha secara astronomi adalah berdasarkan formula waktu Syuruk ditambah dengan satu pertiga perbezaan waktu Syuruk dan waktu Subuh atau secara purata waktu Dhuha bermula 28 minit selepas waktu Syuruk dan ia berakhir setelah masuk waktu Zuhur.

Simple math lerr c(:

















Nak tahu lebih lanjut dan detail tentang panduan solat sunat Dhuha?
Klik sini, sini, sini & sini
( hmm..sume link ke webpage yang sama..haha c(: )


Dah habes solat amalkan la doa Dhuha nih. Indahnye maksud dia (:



Rujukan:
4)  solusi isu #41
5)  muftinegeri.sarawak.gov.my

5 comments:

alhamdulillah..... :) dah dhuha belum..?

en. shafiQ said...

alhamdulillah (:

hazdnul said...

dhuha :) banyak fadhilat.. subhanallah

en. shafiQ said...

subhanallah (:

Cik Kay Jue said...

thanks for sharing.. lame da tak buat sejak praktikal ni... huu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...