Antara Masa & Manusia

 Assalamu'alaikum (:

Mula menyelak lembaran nota, 1 tajuk menarik mata.
"Kewajipan Seorang Muslim Terhadap Masa"

Ye, tajuk memang best, tapi yang peliknye sikit je yang aku catat..huhu. Tapi alhamdulillah, aku rasakan apa yang aku catat itu 'deadly important'. So, di sini sekali lagi bermulanya islah sang diri (:



Hmm..masa tu apa?

Yang pasti, masa itu makhluk Allah. Maka tiadalah Allah yang Maha Bijak itu mencipta sesuatu dengan sia-sia. Masa, pada aku dari sudut pandang seorang manusia (korang clear an aku ni manusia?), masa itu diciptakan sebagai kayu ukur tentang amal ibadah dilakukan setiap jiwa. Ye, penciptaan manusia itu tidak lain dan tidak bukan melainkan untuk beribadah kepada Allah. Jadi, jelasnya masa itu kayu ukur buat manusia akan perbuatan amal ibadahnya.

Banyak lagi pengertian masa yang lain, tanye je paman google, nanti dia bagitau r. Tapi saje je aku utarakan pengertian yang seperti di atas, dimana pengertian itu dikaitkan dengan tujuan penciptaan manusia itu sendiri. Dengan kata lain, jika satu-satu jiwa itu tertanya-tanya apakah itu masa, maka sudut pandang beginilah yang lebih utama.

Mungkin la..awok budak poli je c(:

Then kawan-kawan, kalau begitulah pengertian yang dirasakan, jom cuba? Try la? Try ea. Cuba ukur, tempoh masa bernafasnya anda di atas muka bumi ini berbanding dengan amal ibadah yang dilakukan sepanjang tempoh pernafasan itu. Dah? Yakin, firman Allah  yang ini, yang bermaksud:
" Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." adz-Dzariyat 51: 56
Ahh, rata-rata kita memang sudah sedia maklum. Tetapi, keputusan ukuran yang dilakukan tadi tampak jelas 'contradiction'nya. Bukan pencanggahan yang macam mane, cuma terasa seperti banyak ruang masa yang kosong yang entah dengan apa diisikan. Lalai? Leka? Maksiat? Nauzubillah. Maka siapalah manusia yang di dalam kerugian itu jikalau bukan aku juga salah seorang darinya? (Surah al-Asr 103: 2)


Err..so cane nak buat ni?

Yeah, disinilah bermulanya satu pencarian !

Pernah dengar tentang adab sesama makhluk? Kita makhluk, masapun makhluk. So, apa adabnya? Haa..itulah yang dikatakan dengan kewajipan terhadap masa.

Satu je point dia sebenarnya,

Menjaga masa

Dikongsikan disini cara mudah untuk menjaga masa adalah dengan mengetahui apakah dia yang dimaksudkan dengan 'tak jaga masa'. Fikir, lantas terlintas bahawa apa sahaja yang dilakukan disetiap  hela nafas kita ni jika ianya tidak berfaedah terhadap dunia mahupun akhirat mengikut sudut pandang Islam, maka itulah yang dikatakan dengan 'tak jaga masa'.

Jadi, 'opposite' dengannya perlulah difahami bahawa untuk menjaga  masa, kita perlulah memastikan setiap  apa yang dilakukan itu perlulah berfaedah  terhadap dunia mahupun akhirat. Dengan kata lainnya, kita sedang beribadah disetiap helaan nafas kita (:

Fuhhhhhhhhh..jaoh perjalanannnnnnn..mane nak jangkauuuuu..huhu

Yakin, aku perlu usaha, kerana itu yang Allah lihat (:
Powered by Blogger.