Menangani Gangguan Di Dalam Kelas

Gangguan?
Ganguan bermaksud segala yang mengganggu, menyusahkan, halangan dan yang seangkatan dengannya :p

Ok2, but gangguan dalam kelas?
Bole jadi dari persekitaran yang tidak menyenangkan. Contohnya bau busuk ke, bising ke, dsb. Kemudian boleh jadi gangguan itu dari diri kita sendiri. Stress sebagai contoh, gangguan jiwa, tak cukup tidur, fikir masalah negara..haha dan macam-macam lagi. Tapi sebenarnya nota kali ini lebih menumpukan bagaimana untuk kita menangani gangguan daripada rakan sekelas.

Hmm..bagi aku point-point dia agak bernas dan luas. So korang boleh sesuaikan sendiri mengikut keadaan. Tak semestinya point-point itu hanya boleh digunakan semasa menghadapi gangguan rakan sekelas. Olah la sendiri an. Aplikasikannya mengikut keadaan. Ye, insya Allah (:


So, bagaimana?
Sebelum tu saja nak mengingatkan hakikatnya ia sebenarnya terletak kepada diri kita sendiri. Kita yang menggerakkan, kita yang memilih, kita yang melakukan, kita, kita, kita. So, actually my fren, it's really up to you (: Oleh kerana da nyata ianya terpulang kepada kita, maka usahalah, maka bertindaklah. Then, tawakkal. Basic an, tawakkal itu sendiri bermaksud didahului dengan usaha, kemudian serahkan segalanya pada Allah. Kalau dok pasrah je tanpa usaha, itu bukan tawakkal namanya (:
“..Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka..” (Surah Ar-Rad 13:11)

      Hey! | Take note this 7 points:

     1.   Memberi kesan
Ah sudah. Ape yang kesan-kesan lak nih..hehe. K, try jawab soalan ni dulu. Kita nak terkesan atau memberi kesan? Ya, seringkali kita terkesan, acapkali kita depressed dengan sikap kawan-kawan yang tak sebulu dengan kita (amek, bulu pun masuk :p). Acapkali juga kita hilang tumpuan apabila suasana kelas menjadi bising. Pernah kan? Apa salahnya kawan-kawan, kali ini mari kita pula yang memberi kesan! Tapi bukan dari sudut negatif la tapi positif. Yeah, ini solusinya. Daripada asek terkesan je, kali ni mari kita pula yang memberi kesan. Maksudnya, kita boleh mula mewujudkan suasana cintakan ilmu, menunjukkan contoh yang baik kepada rakan sekeliling. Lebih produktif dan kondusif. Banyak lagi point-point yang boleh memberi kesan an. So? Do it (:

    2.   Hormat
Penting untuk kita mendapatkan rasa hormat kawan-kawan terhadap diri kita. Orang muda sekarang panggil 'respect'..hehe. Pernah juga dengar, mahu orang hormat kita, kita perlu belajar untuk menghormati terlebih dahulu. Ye, ada betulnya. Fikir, kalau da tingkah-laku kita ntah ape-ape, cane orang nak hormat kita ye dak? But, apa yang penting sangat tentang hormat nih? Well, ask yourself, apa perbezaan persepsi dan tingkah-laku anda terhadap orang yang anda hormat berbanding dengan orang yang anda tak berapa nak hormat. Agak besar gap dia an? So, belajarlah menhormati untuk dihormati (:

    3.   Reaksi Positif
Macam-macam la ko ni. Ape yang reaksi positif lak ni?haha. Bukan 'apa' yang perlu ditanya sebenarnya, tapi 'bila'. Ye, bila sebenarnya kita perlu untuk memberi reaksi yang positif? Semasa menerima sebarang jenis gangguan. Bila kira rasa kita diganggu, balas dengan reaksi yang positif. Contohnye senyum. Kene perli? Senyum tak perlu kata apa-apa :p Actually senyuman itu umpama vaksin ataupun penawar. Lawannya iatu monyok pula umpama virus. Vaksin dan virus, kedua-duanya mempengaruhi persekitaran. Persoalannya kita mahukan suasana persekitaran yang bagaimana?

    4.   Berpendirian Tegas
Setiap orang ada pendirian masing-masing an. Just make sure pendirian kita itu baik dan selaras dengan Islam. So bila dah ada pendirian yang sebegitu, just stick  to it. Tegas sikit. That's way, orang sekeliling anda akan mula nampak kehadiran anda. Dan anda tidak akan dianggap sebagai orang yang leceh-leceh tiada pendirian. Dengan itu mereka tahu dan sedar yang anda serius, serius dalam menuntut ilmu. Hey, takkan nak menuntut ilmu pun nak main-main an? Ya, kita light dan happy, tapi itu tak bermakna kita main-main (:

    5.   Mencontohi Rasulullah
Yakin Rasulullah itu sebaik-baik contoh ikutan? Yakin an (: So, contohilah baginda. Quite simple, tapi kadang-kadang it slips our mind. Nak sembang soal gangguan, Rasulullah lagi banyak menerima gangguan. But baginda still steady je..hehe. Ye, makin diganggu, makin ditimpa dugaan, makin dekat baginda dengan Allah. 23 tahun beb baginda menggerakkan Islam. Banyak point-point yang kita boleh kutip dari baginda SAW. Baginda banyak berdoa, baginda bersahabat, baginda memaafkan, and so on. Muhasabah  (:

    6.   Meraikan
Amalkan konsep meraikan kawan-kawan. Ni pun boleh kata salah-satu method dakwah ni. Dengan meraikan, kawan-kawan akan merasa diri mereka dihargai, bahkan ia akan menautkan lagi silaturrahim sesama insan. Cane nak meraikan ni? Luasss, macam-macam cara bole. Senyum, menyokong perbuatan yang benar, menasihati perbuatan yang salah, belanja makan, beri hadiah, mendoakan, membantu di dalam kesusahan, berkongsi ilmu, uihh macam-macam lagi wehh. The fact is, dengan meraikan kawan-kawan, ia akan mengurangkan risiko gangguan. Iyep! Bonar dong :p

    7.   Ikhlas Belajar
Sentiasa ingat dan semat, ilmu itu dituntut kerana Allah. Maka ikhlaskanlah diri dalam menuntut ilmu. Amat-amatlah penting bagi kita untuk mendapat rahmat Allah di dalam proses  pembelajaran. Biarlah sekiranya kelas kita tidak mendapat rahmat, at least diri kita ni mendapat rahmat Allah SWT. Sure, lagi best kalau kita, sekali dengan kawan-kawan kita, semuanya mendapat rahmat Allah. Wahh, that way terasa indah je pelayaran. Insya Allah (: Kejor yob kejor! 


Bapokkkk, panjang bebelnye..haha. Ok2, that's all my fren (:
Selamat beramal ! 




 
catitan asal semasa Diskusi Ilmu
oleh En. Radhi

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...