Etika Dalam Kelas

    Yah, dari sekolah rendah ke sekolah menengah, sekarang kat IPT lak, selalu je belajar dalam kelas an? Iye2, ade jugak study luar kelas, tapi sekarang nak cerita semasa di dalam kelas. Tak kira la korang nak gelar ape pun. Bilik Kuliah ke, bilik darjah ke, dewan ke, janji suasananya bersamaan dengan suasana di kelas. Jadi semasa di dalam kelas tujuan kita mestilah untuk menuntut ilmu an. So, dalam usaha kita menuntut ilmu tu, marilah sama-sama kita menjaga etika di dalam kelas mudah-mudahan ilmu yang kita dapat itu lebih mantooppp hendaknya (:   insya Allah.

Suasana produktif di dalam kelas. Budak-budakpun tau (:


Etika Semasa di Dalam Kelas

    1.   Suci 
Eloknya kalian berada dalam keadaan yang suci daripada hadas semasa di dalam kelas. So, berwudhu'lah ye. Bagus gak, mata fresh, gangguan syaitanpun takde..huhu

        2.   Buka & Tutup
    Membuka dan menutup sesi pembelajaran di dalam kelas. Seperti yang kita sedia maklun dan dah selalu amalkan, sebelum belajar tu bukalah majlis ilmu itu dengan bacaan surah al-Fatihah kemudian bila dah habis sesi pembelajaran, tutup dengan bacaan tasbih kifarah. Ye takpe, buat secara persendirian pun takpe.
      Bacaan Tasbih Kifarah






      Maksudnya: Maha Suci Engkau Ya Allah dan segala puji bagiMu. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah. Aku mohon ampun dan bertaubat padaMu.
      Jap, kalau nak tambah dengan bacaan surah al-Asr seperti kebiasaan semasa menutup ni pun bole. Takde masalah. Selain amalan buka dan tutup majlis dengan bacaan surah al-Fatihah dan membaca tasbih kifarah, boleh juga buka dan tutup dengan membaca surah al-Insyirah. So, ni optional, korang bole pilih mana yang korang rasa sesuai.

          3.   Beragenda Baik 
      Elak untuk mempunyai agenda secara peribadi. Maksudnya, tiada niat untuk menunjuk-nunjuk misalnya, menjatuhkan dll la. Sepatutnya agenda kita haruslah lebih terarah kepada ilmu dan Islam. Barulah suci dan berkah (:


          4.   Lembut Dalam Bertutur
      Ye, dalam kelas banyak memerlukan kita untuk bertutur. Banyak nak kena  berbincang, banyak nak kena berbicara an. So kena jagalah adab dalam bertutur. Maksud 'lembut' tu kiranya bertutur dengan baiklah, mengikut situasi keadaan. Ok?


          5.   Fokus
      Fokus ni fokuslah..hehe. Tumpukan perhatian. Dalam kelas kita akan menghadapi pelbagai keadaan. Bising, posisi terkebelakang, pensyarah/guru ajar laju (or aku yang lambat catchup --"). Aku pulak?hoho. So jalan penyelesaiannya hanyalah fokus. Bila kita fokus, sebenarnya kita turut membantu rakan-rakan yang lain untuk turut sama fokus. Impak fokus ini kita akan dapat rasakan sekurang-kurangnya 75% semasa study di luar kelas nanti.

          6.   Buat Kesimpulan
      Buat kesimpulan mende lak ni? Ingat essay ke?hehe. Bukan, kita perlu pastikan di dalam setiap kelas, ada intipati ilmu yang masuk ke dalam minda. Buat note an? Mesti buat. So dengan ilmu yang da masuk minda tu, buatlah kesimpulan. Contohnye, "Oo..hari ni Pn. Liza ade aja kaedah baru, pastu harini dia banyak tekankan tentang 'Control Statement' ". So itulah, kita buat kesimpulan tentang apa yang kita dapat dalam kelas tadi.


         Tambahan | Take Note
      • Ajar diri untuk masuk juga kelas walaupun sudah lewat. Kadang-kadang terlewat sikit da rase malas nak  masuk kelas an? Xya2, buang jauh-jauh rase tu. Biar kita dapat sikit ilmu daripada tak dapat ilmu langsung. Else, kita kena jaga hati pensyarah/guru an? Memang la datang awal itu lebih baik. Tapi da terlajak lambat tu, kalau tak masuk kelas, takut-takut dia terasa dengan kita ke, cop kita ponteng ke, ape-ape ke. So kita nak elak benda-benda cani. Barulah ilmu tu berkah. Dah masuk lewat tu jangan menonong je masuk. At least mintak maaf (:
      • Kalau mengantuk cane? 1st buat la somethin yang bole prevent dari ngantuk tu an. Pergi basuh muka ke, kulum gula-gula ke, suruh kawan picit badan ke, banyak  lagi alternatif lain an. Tapi kalau ngantuk jugak? Nobita sangat?hehe. Takpe, tidur je. Hikmah dia ngantuk ni psikologi je, kadang-kadang tidur 5 minit da cukup untuk menyegarkan mata semula. Then untuk kelas lepas ni takdela ngantuk lagi an. Yeahh, bole tidur!hehe
      • Ada kalanya kita tidak bersetuju dengan pendapat rakan mahupun pensyarah/guru. So cane nak buat? Perbetulkanlah atau berbincang semula di luar kelas ataupun pada masa yang lain. Sebab kita nak jaga aib sesama manusia. Ok?



      Bereh, itu je nak kongsi, sekian (:




      catitan asal semasa Diskusi Ilmu
      oleh En. Radhi

      7 comments:

      bahekk cikgu..jangan tido dalam kelas..klu tertidor??

      en. shafiQ said...

      ni kes x bace betol2 r ni..hehe. Bole je nk tdo. Cube bace balek kt ats. 1st, amek lgkh prevent an. Kalau ngntuk jugak, just tdo je. Still ade hikmah dy sptmana yg hamba 'note'kan kt ats. Tp dgn syarat, usaha bg x ngntuk dlu. Da ngntuk gak nak buat cane an. Bile da ngntuk sgt, pastu ditahan lak mate, tu yang sala tu :p

      fatinah saje said...
      This comment has been removed by the author.
      fatinah saje said...

      like..haha..terbaekla entry ni(:

      en. shafiQ said...

      wow! dy komen skali 2 r..kiki (:

      ayie said...

      nice topic :)

      Cik Kay Jue said...

      wah.. thnks ats perkongsiannya.. yang buka dengn tutup tu selalu terlupa buat.. huhuhu...

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...