Abu al-Quran Berwarna Putih

Alhamdulillah, mungkin ada yang sudah terbaca tentang artikel ini. Aku menjumpai artikel ini kat surat khabar kosmo yang bertarikh 8 April 2012 (Ahad). Bukan apa, aku begitu tersentuh dan tertarik kerana begitu tinggi Allah meletakkan martabat al-Quran itu berbanding kitab-kitab yang lain. Lihatlah, nak melupuskan lembaran al-Quran yang sudah rosakpun memerlukan kita untuk melakukannya dengan kaedah yang betul, cermat dan teliti. Kerana walaupun ianya sudah rosak dan tidak boleh digunakan  lagi, kesucian dan kemuliaannya tetap perlu dijaga. Saja aku buat pulon nak kongsi dengan korang tentang artikel ini. Memang aku nak  'mount' artikel ni kat sini. Disamping itu, aku harap ianya bermanfaat kepada kawan-kawan yang lain (:

ABU kitab al-Quran bertukar warna  putih sebaik sahaja bersatu dengan air laut.



Walaupun dibakar, abu kitab suci al-Quran tidak berwarna hitam.

NASKAH al-Quran diasingkan
sehelai demi sehelai sebelum
diracik.

Hati tiba2 berasa sayu tatkala melihat 33 bungkusan plastik hitam yg mengandungi abu al-Quran diikat rapi sblm dipunggah ke atas sebuah kapal oleh sekumpulan petugas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT).
    Seketika kemudian, jentera itu bergerak jauh ke tgh laut di perairan Kuala Terengganu dan berhenti 9 batu nautika dari jeti Jabatan Laut Malaysia Wilayah Timur. Tepat pukul 10.37 pg, Khamis lalu, plastik pertama dibuka. Seorang petugas yg bertinggung di tepi pelantar kapal membuang semua abu itu ke dlm laut.

CEBISAN helaian al-Quran
dibakar di dalam sebuah
tong khas.
    Abu itu memenuhi permukaan laut dan larut perlahan-lahan dalam air yang sejuk.  Perasaan sayu sekali lagi menyelubingi diri, seolah-olah sedang menyaksikan perjalanan terakhir kitab suci itu ke tempat persemadiannya. Pada pagi itu, lebih 200 kilogram abu al-Quran lama dibunag kelaut sebagai cara pelupusannya.
    Sememangnya indah untuk disaksikan khususnya semasa abu itu menutupi permukaan laut dengan kilauan berwarna putih.

CARA terbaik untuk
melupuskan naskah al-Quran
lama adalah dengan
membakarnya.

Benar, abu al-Quran mempunyai warna yg cukup berbeza, menampakkan keputihan disebalik warna kelabu. Ia jauh berbeza berbanding abu drpd helaian kertas biasa yg diracik dan dibakar. Ketua Penolong Pesuruhjaya (Penyelidikan) JHEAT, Mohd. Noor Mohamad berkata, abu al-Quran adlh unik. "Abu ini terhasil drpd helaian kertas yg mengandungi kalimah-kalimah Allah. Ia tdk sama dgn kertas-kertas lain. Proses utk mengumpulkan abu ini bukanlah mudah. Ia mengambil masa selama hampir 4 bulan. Petugas terbabit jg perlu melupuskannya dgn teliti." katanya kpd Jurnal.

Teliti
Ujar beliau, naskah al-Quran lama yang dikumpul tidak boleh dibakar sesuka hati sebaliknya mesti diasing-asingkan sehelai demi sehelai. Tambahnya, proses itu penting bagi memastikan setiap lembaran yang mengandungi ayat al-Quran terbekar dan menjadi abu sebelum dilupuskan di tengah laut.
    Bercerita mengenai proses mengumpul al-Quran lama itu, ia ternyata menuntut ketabahan para petugasnya. Seorang petugas, Mohd. Radhwan Abu Bakar, 39, berkata, beliau bertanggungjawab mengumpul dan meleraikan al-Quran itu sebelum membakarnya.
     "Saat paling sedih adalah apabila melihat al-Quran yang ditemui sudah rosak seratus peratus. Ia berada dalam keadaan basah manakala tulisannya tidak kelihatan lagi. Saya juga menjumpai senaskah al-Quran yang pada asalnya bersaiz besar tetapi tinggal selebar tapak tangan sahaja akibat dimakan anai-anai. Ia begitu menyayat hati," tambahnya.
     Ujar Radhwan, detik paling sukar pula adalah semasa beliau memasukkan helaian demi helaian al-Quran itu ke dalam tong untuk dibakar. "Bayangkan bagaimana perasaan kami apabila melihat kitab suci itu dibiarkan terbakar. Tetapi itulah cara terbaik untuk menjaga kesuciannya daripada terus dibiar rosak dan dibuang di merata tempat," katanya.


EKSTRA | Pelupusan al-Quran

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada tahun 1992 telah memutuskan bahawa:
  • Al-Quran yang rosak, koyak, yang tidak lagi boleh dibaca dan yang bukan resam Uthmani hendaklah dilupuskan.
  • Kaedah pelupusan adalah dibakar dan ditanam di tempat yang dikawal. Abunya juga boleh dibuang ke laut.
  • Kerja-kerja pelupusan hendaklah dilakukan secara tersembunyi bagi mengelakkan salah faham orang ramai.
 
     

oleh MUSTAPA LAKAWA

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...