6 Thinking Hats

Baru-baru ni aku turut join menyumbangkan tenaga di dalam satu program yang dinamakan Perkampungan Menara Gading 2012. Di dalam satu slot bersama peserta, kami perlu meminta adik-adik peserta untuk membuat perancangan hidup 5 tahun dari sekarang. Kemudian minta mereka bentangkan dan bincangkan sesama  ahli kumpulan. Slot ini dipanggil 'Pelan Tindakan'. Sewaktu slot inilah aku mendengar tentang teori '6 Thinking Hats' yang dikongsi oleh rakan fesi yang lebih mesra dipanggil  'K'. Dalam slot ini K berkongsi tentang teori ini kepada adik-adik. Aku yang turut mendengar agak tertarik dengan teori ini. Teori ataupun kaedah ini dicipta oleh Edwad de Bono di  dalam bukunya '6 Thinking Hats'.




    Natang ape 6 Thinking Hats nih? :p
  • Boleh kate ianya satu kaedah berfikir yang boleh digunakan secara bersendirian mahupun kolektif.
  • Basicnye ade 6 'thinking hats' dimana setiap 'hat' mewakili sudut berfikir yang berbeza.
  • So kalau nak guna kaedah ni secara perseorangan, gunakan pilihan 'hats' mengikut situasi yang bersesuaian. Manakala untuk secara kolektif, eloklah di dalam kumpulan mesyuarat itu ada individu-individu yang mewakili setiap 'hats' yang ada. 
  • Kiranya, kewujudan '6 thinking hats' nih di dalam mana-mana situasi berfikir bakal menambah lagi variasi di dalam suasana berfikir. Sebab memang kita nak result yang mantopp an?
  • Digunakan untuk melihat keputusan daripada beberapa sudut  yang penting.
  • Memaksa kita untuk berfikir  'diluar kotak' pemikiran, lantas menghasilkan pemerhatian yang lebih menyeluruh.

Hmm..cube lihat orang-orang yang berjaya, mereka berfikir dari sudut rational dan positif. Mungkin itu antara sebab-sebab kejayaan mereka. Tapi sayangnya, mereka gagal untuk melihat masalah dari sudut emosi, gerak hati, kreatif mahupun negatif. Ini bermakna mereka telah memandang remeh tentang halangan dalam merancang,  mereka gagal untuk menghasilkan peningkatan yang lebih kreatif, malah sering kali mereka tidak membuat pelan diluar jangkaan bagi menghadapi situasi-situasi diluar jangkaan.


Jap-jap. Sori kawan, aku tak dapat tangkap lagi la ape yang ko cube sampaikan =,-" 

Ok-ok, i'll explain more.


Cane nak guna teknik 6 Thinking Hats nih?

Sebenarnya teknik ini bersesuaian dalam pelbagai variasi keadaan. Sama ada dalam mesyuarat, persendirian, mahupun lain-lain keadaan. Yang bestnya, teknik ni bermanfaat dalam menghalang konfrantasi yang berlaku apabila jiwa-jiwa yang berlainan pendapat membincangkan permasalahan yang sama. Korang biasa laluikan? So taknak try ke?

Setiap 'Thinking Hats' adalah cara pemikiran yang berbeza. Berikut adalah penerangannya:

  1.  White Hat
    Dengan 'white thinking hat' ini, anda hanya akan fokus kepada data yang ada. Senang cite fakta la. Anda hanya melihat dan belajar daripada informasi yang ada. Pasti ada jurang diantara pengetahuan kita an? So sekarang terpulang sama ada nak tambah pengetahuan itu ataupun memanfaatkannya.

    Disinilah anda menganalisa perkara-perkara ataupun arah aliran yang lampau, kemudian membuat anggaran kemungkinan daripada 'historical data' yang ada.


      2.  Red Hat

    Dengan memakai 'red hat' ini anda akan melihat kepada permasalahan dengan gerak hati, penuh reaksi dan emosi. Anda juga akan cuba mengagak reaksi orang sekeliling dari sudut emosi mereka. Juga turut mencuba memahami respon mereka-mereka yang sebenarnya kurang faham dengan hujah anda. Senang cite, anda akan berfikir lebih ke arah emosi. Lebih menekankan tentang perasaan. Dimana detail-detail yang kecil juga diambil kira. Reaksi, raut wajah dan lain-lain akan diambil kira semasa anda berfikir.


      3.  Black Hat

    Dengan 'black hat' ini pula, anda akan mengenalpasti kesemua point-point yang tidak baik dan kurang bernas  dari setiap  keputusan yang dibuat dan diterima. Negative thinking la ni. Anda cuba mengenalpasti mengapa point-point tersebut macam tak kena je. Jap, apa kepentingan 'black hat' nih? Penting gak. Dengannya, segala kelemahan di dalam perancangan dapat dikenalpasti dengan jelas. Then boleh la nak singkir ke, ubah ke, ataupun nak mencari kaedah memperbaik point-point tersebut.

    Ia juga dapat membantu memperkuat dan meningkatkan daya tahan sesebuah pelan atau rancangan. Lihat, majoriti manusia yang berjaya, selesa dengan cara pemikiran yang positif. Akibatnya mereka sering gagal dalam melihat kepada sebarang masalah dari sudut yang sepatutnya iaitu dari sudut yang lebih advance, yang lebih kritis agar lebih membuahkan point-point yang membina. Akhirnya mereka yang terlalu berfikiran positif akan berada di dalam keadaan di mana mereka amat-amat tidak bersedia untuk menghadapi sebarang kesukaran.


      4.  Yellow Hat

    'Yellow hat' ini membantu ada untuk berfikir secara positif. Berfikir secara positif ini membawa maksud anda akan melihat dari sudut yang lebih optimistik. Natijahnya ia membantu anda untuk melihat segala kelebihan dan nilai tambah di dalam setiap keputusan yang di ambil.

    Best bila pakai 'yellow hat' nih semasa berada dalam keadaan yang suram dan sukar. Yela, dah keadaan menekan camtu, kita just terdorong untuk berfikir positif je. Sedikit sebanyak ia memang membantu kita meneruskan perjalanan di dalam situasi yang menekan.


      5.  Green Hat

    Yah! 'Green hat' ni pulak melambangkan kreativiti. Dengan 'green hat' ini lah anda boleh develop pelbagai idea-idea kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Anda akan melihat kepada sebarang permasalahan dari sudut yang lebih kreatif. Maksudnya, anda akan berfikir diluar ruang keselesaan dalam mendapatkan point-point yang bernas. Cara anda berfikir juga harus lebih luas dan mencakupi skop permasalahan yang ingin diselesaikan.

    Sebenarnya, bro K nak kongsikan kepada adik-adik peserta tentang 'green thinking hat' ni je. Dia nak tekankan kepada adik-adik supaya berfikir dengan lebih kreatif. Jangan terhadkan sangat kuota pemikiran kita. Buka, buka, buka minda. Tapi still kawan-kawan, pemikiran manusia ada hadnya. Kita sebagai Muslim, memang sudah sedia maklum (:


      6.  Blue Hat

    'Blue hat' ini pula mewakili proses 'control'. Bermakna proses mengawal ataupun mengatur. Ini lah topi yang perlu dipakai bagi jiwa-jiwa yang akan mengepalai sesebuah mesyuarat mahupun perbincangan. Memang dia akan mengawal keadaan di dalam mesyuarat. Bila perbincangan mula kekeringan idea, dia cucuklah 'green hat' supaya dapat menghasilkan idea-idea yang kreatif. Bila keadaan memerlukan pelan luar jangkaan, di cucuk pulak 'black hat', biar si 'black hat' mengeluarkan kritikan-kritikan membina lantas dapat menghasilkan pelan-pelan yang lebih mantop dan diluar jangkaan. Begitulah terus dan seterusnya (: 



    K, dapat tangkapkan apa yang aku cuba kongsikan kat sini? Insya Allah. Kadang-kadang ade jugak orang-orang yang menolak terus pandangan-pandangan daripada pemikir barat nih. Tapi bagi aku, kita just ambil mana yang baik. So, dalam teori ini, jika ianya baik dan bersesuaian dengan situasi yang anda lalui, so ape de hal?  Ini sekadar perkongsian, segala tafsiran terletak pada anda jua para pembaca. Aku pun just translate je dari sumber yang aku baca. Agak-agak lebih selesa nak baca dalam bahase omputeh, boleh try usha kat sini.

      12 comments:

      mis_shemey said...

      i like entri ini. jika ada butang like..mmg dah tekan 100x. most of the time i use this 6 thinking skills.biasanya situasi kehidupn saya (sajer nak share..kalau x nk xpe.jgn baca.haha) contohnya ada something happen la an..first thing first mmg pakai white hat then black hat..pastu cpt2 tukar pegi yellow hat.pastu the red hat. dah fhm sumer aspek baru kuar green hat. pastu blue hat nye kengkadang entah kemana. hehe

      en. shafiQ said...

      hehe..terbaek (:

      en.shafiQ,best en3 ni..pengalamn sendiri ke kopi smbil mkn pasta? nk share boleh? sori nyibuk shemey..da jerk butang like kat bawah tu..klik jer..hehe juz kidding sori..

      waa...yg tu komen dr aq shafiq..lupa nk sign out..syarikat aq nyer..

      en. shafiQ said...

      KayoDen Computer, x2, nih kopi sambil telan mihun..hehe. Silakan, feel free to spread da words (:

      kalau nk bce dr sumber yg saye amek, bole klik kt link. Ade sy sertakan kt post d ats (:

      en. shafiQ said...

      oO..bru aku phm..hehe
      kire KayoDen Computer nih ko r?bereh boh (:

      Ckin Kembaq said...

      still kurang faham...adakah meletakkan diri kita pada hat2 tu?...and gunakan kaedah yang diberikan?..tp nampak gayanya green hat tu yang paling patut digunakan..betul?.. ^_^

      en. shafiQ said...

      hehe..sbnrnye dy nk smpykn, ade 6 vriasi pemikiran. Ade org berfikir secara positif, ade yg emosi, ade yg kreatif dll. Setiap cara pemikiran ada manfaat dy & mereka saling melengkapkan. Sbgai cth, jika dlm 1 mesyuarat terdapat 6 individu berlainan yg mewakili setiap 'hat' yg ade, mungkin keputusan akn lebih hebat. Hats itu akn saling melengkapkan. Mungkin. Ni hnya teori seorg mnusia, Edward de Bono (:

      haa laa..lupa nk sign out akaun firma aq..keh3..ok2,tq..t aq share msuk blog aq..btw tq..

      en. shafiQ said...

      udah, permata hati ni blog mane lak?

      sj aq wat terox..kelmarin aq cuti,mak aq masuk icu,aq my kelam kabut..smbil2 tggu yana aku on blog hg,pkai balas ja..he3 assistant manager aq punya..sori..ngeee

      en. shafiQ said...

      Ina Lillah Wa Ina Ilaihi Rajioun.
      k2, gitu citenye (:

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...