Wasiat Si Soleh


Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, dia telah berkata: Rasullullah SAW pernah bersabda:
Adakah engkau semua tahu siapakah dia Luqman? Mereka pun menjawab: “ Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu. ”. Baginda bersabda: “ Dia adalah seorang Habsyi.

Siapa yang hamba maksudkan dengan si soleh tu? Selaras dengan maksud hadis diatas, yang hamba maksudkan dengan si soleh itu ialah Luqman al-Hakim. Seorang hamba Allah yang dikurniakan Allah dengan hikmah(kebijaksanaan) buat tauladan manusia. Allah SWT telah merakamkan wasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya di dalam al-Quran, Surah Luqman 31: 13-19.


Maksudnya:
12.  Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu) dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

13.  Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.

14.  Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

15.  Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau dengan fikiran sihatmu tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.

16.  (Luqman menasihati anaknya dengan berkata): Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.

17.  Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

18.  Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

19.  Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.


Jap, rasionalnya mencontohi  mereka yang bijak dan soleh itu sesuatu yang menguntungkan. Sekarang dah sah Luqman al-Hakim ni seorang manusia yang telah dikurniakan hikmat kebijaksanaan dari Allah yang Maha Kaya lagi Terpuji, so takkan kita taknak ambil iktibar an? Jikalau dah nama seorang bapa, sudah tentu fitrahnya sayangkan anak. Wasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya ialah tanda ketulusan kasih-sayang beliau kepada anaknya. Dengan itu Allah telah merakamkan wasiat-wasiat tersebut buat pedoman dan iktibar umat Muhammad SAW. Jadi mari bersama kita mengambil iktibar daripada wasiat si soleh ini. Insya Allah.


14 Wasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya: (ingatlah anakku)
  1. Jangan mempersekutukan Allah (13)
  2. Berbuat baik kepada kedua ibu & bapa (14)
  3. Bersyukur kepada Allah (14)
  4. Bersyukur atas kurnian ibu & bapa (14)
  5. Tidak mentaati seruan yang mempersekutukan Allah (15)
  6. Menturuti jalan-jalan orang-orang yang rujuk kembali kepada Allah (15)
  7. Manusia pasti akan mati & dihisab (15)
  8. Tiada yang tersembunyi dari ilmu Allah (16)
  9. Dirikanlah solat (17)
  10. Menyuruh kepada kebaikan & melarang yang mungkar (17)
  11. Bersabar menghadapi segala musibah (17)
  12. Jangan menyombongkan diri (18)
  13. Sederhana semasa melangkah (19)
  14. Tidak mendirikan suara semasa berkata-kata (19)


    Powered by Blogger.