7 Faktor Penzinaan


Haii, nak fight zina? Bole ke zina tu lawan balek? Mau nye idak. Think, kalau kita tak lawan itu zina, saksikanlah sendiri apa yang zina itu mampu lakukan pada kita. Nak bukti ke? Bukti dia, bukalah mata, lihatlah sekeliling anda!

Arahan Allah SWT di dalam surah al-Isra' 17: 32 yang bermaksud,
" Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan). "
  Rata-rata kita memang sudah sedia maklum tentang ayat ini. Secara ringkasnya Allah SWT menegaskan janganlah dilakukan apa-apapun kelakuan atau perbuatan yang bakal membawa kita kepada zina. Bila kata 'jangan' tu, maksudnya tegahan la. Sebab ape jangan? Sebab jelas, zina itu satu perbuatan yang keji yang akan membawa kepada kerosakan. Ya, ini yang utama. Jalan utama untuk fight zina ialah? Kita langsung tidak menghampiri zina. Itu yang perlu kita yakini.

  Beside that? Pernah dengar tak istilah 'knows your enemy'? Sebelum kita menentang mana-mana lawan kita, seelok-eloknya kenalilah mereka dahulu. Untuk ape? Kenallah di mana puncanya. Kenallah di mana kelemahannya. Dan kenallah apa-apa lagi yang boleh kenal..hehe. Takdelah, dalam bab zina ni, eloklah untuk kita mengetahui dahulu apakah faktor-faktor utama yang membawa kita kepada zina. Dengan itu, barulah boleh kita menjauhinya. Baru boleh nak tentang itu zina maa. Kalau tak kenal siapa lawan kita? Samelah umpama 'sendiri nampak gaung, sendiri terjun' (ayat mane tah aku tibai nih)..hoho.


      7 Faktor Penzinaan
  1. Pandangan Mata 
  2. Keinginan Hati
  3. Mengikut Hawa Nafsu
  4. Dorongan Akal Fikiran
  5. Pergaulan Bebas
  6. Berkhalwat (berdua-duaan)
  7. Pengaruh Media Massa

  Hamba rasa tak perlulah nak huraikan point-point di atas satu per satu. Rasanya masing-masing boleh buat huraian sendiri. Apa yang penting hamba nak sampaikan di sini ialah tentang 7 faktor penzinaan itu sendiri. Wehh sang hamba, jangan dok cakap orang je la, check diri tu jugak! Baik-baik boh (:  So kengkawan, take note 7 point di atas, waspadalah setiap langkah anda di muka bumi ini. Semestinya kita semua akan berhadapan dengan ketujuh-tujuh faktor tersebut. Mudah-mudahan hamba & kalian semua muslimin-muslimat dilindungi Allah SWT dari segala kemaksiatan terhadap-Nya. Amin (:




catatan asal semasa Diskusi Ilmu
oleh En Radhi
Powered by Blogger.