Jom Belajar Secara Berjemaah

  Setiap insan pasti akan melalui proses pembelajaran. Setuju tak? Setuju la kot..huhu. Tak kira la sama ada proses pembelajaran secara rasmi atau sebaliknya. Jadi pembelajaran sebagaimana yang kita mahukan? Kaedah mana yang lebih berkesan? Di sini hamba ingin mengutarakan 2 kaedah umum dalam pembelajaran, yang pertamanya ialah belajar secara berjemaah dan yang keduanya pula ialah secara bersendirian. Jadi nak pilih yang mana? Banyak soalan nih..huhu.

  Begini, kalau anda berada di peringkat sekolah rendah dan menengah, mungkin kaedah yang kedua iaitu belajar secara bersendirian  lebih sesuai untuk anda. Asal pulak an? Sebab, di peringkat ini  majoriti pembelajaran anda lebih tertumpu kepada teori, hafalan, fakta dan yang seumpama dengannya. Jadi mungkin lebih mudah untuk anda belajar secara bersendirian dalam subjek-subjek yang sebegitu.

  Tapi jika anda kini berada di peringkat Institut Pengajian Tinggi pula, mungkin anda harus mula mempertimbangkan untuk berjinak-jinak dalam kaedah belajar secara berjemaah. Yang ni asal  la pulokkk?huhu. Sebabbb, di peringkat ini anda akan mula dilambakkan dengan tugasan-tugasan, yang mana tidak boleh tidak anda amat memerlukan bantuan sahabat-sahabat yang lain dalam menyelesaikan tugasan-tugasan tersebut. Bukan itu sahaja, majoriti subjek pembelajaran pula lebih menjerumus  kepada kaedah pengiraan dan praktikal. So di tahap ini, anda amat digalakkan untuk berbincang dan juga berkongsi-kongsi ilmu.



  Bukanlah nak kata anda kena tetap dengan kuota pembelajaran yang sebegini. Kalau tahap sekolah memang kene belajar secara sendirian, time kat IPT pulak memang kena belajar secara berjemaah, bukan, bukan itu yang dimaksudkan. Alangkah indahnya jika anda dapat menyesuaikan kaedah pembelajaran yang digunakan mengikut situasi dan subjek yang dipelajari. Hoh, gitu baru kemah..hehe

 Oleh kerana hamba berada di peringkat IPT sekarang, jadi eloklah hamba kongsikan sedikit tips untuk belajar secara berjemaah yang sempat hamba catit masa kat poli dulu. Time sem 1 kot rasenye. So, dapatla diri ni beringat jugak an? Sambil-sambil tu ajak sahabat-sahabat ingat same..huhu. Alhamdulillah.

Jadi apa yang anda harus TAKE NOTE ialah;

1)  Seelok-eloknya ahli hanya 5-7 orang sahaja
  • Ni kire bilangan average yang paling sesuai la ni. Kalau sikit sangat takut bosan & perkongsian ilmu terhad. Kalau banyak sangat pulak takut tak jadi belajar pulak. So bilangan 5-7 orang adalah yang paling digalakkan.

2)  Setiap ahli haruslah bermatlamat yang jelas, sama 
     dan elok

3) Setiap ahli juga harus mengetahui peranan 
    masing-masing
  • Setiap seorang perlu ada peranan masing-masing mengikut kebolehan diri.

4)  Sentiasa mengamalkan nilai kerjasama

5)  Kena saling faham-memahami

6)  Buat jangka masa study
  • Dicadangkan supaya maksimum masa study ialah selama sejam. Kerana biasanya kita akan mula hilang fokus dalam jangka masa lebih kurang 45 minit. Tak caye? Cube try tengok..huhu. So cane? Bukanlah bermaksud lepas 45 minit je terus stop. Lebih baik jika anda buat gap break  selama 10-15 minit di setiap 45 minit. Ok?


  Gitulah je kengkawan. Simple an? K, harap-harap bermanfaatlah yek. Selamat beramal (:


4 comments:

fatinah saje said...

haha..thanx..tp ak xleh nk blaja secara berjemaah..x ak ckp byk kwn ak yg ckp byk..huhu..payah2..

en. shafiQ said...

haha..ngade eh ko. Bole r. Point 2, setiap ahli haruslah bermatlamat yang jelas, sama dan elok. Ish3..apela matlamat korg ni stdy an..hoho

fatinah saje said...

x weh..kdg kwn ak ajak..suh ajar dy..ingt berdua je..tp dy g ajak rmai lg..then apa pun xd..tu pyh nk jumpa ahli yg "bermatlamat jelas, sama dan elok"..hua3

en. shafiQ said...

mmg pyh..tp ade, bknnye xde. Kne la cari bg ade..hehe. Tp an, aku ase kalau situasi 2 ko bwk btol2, insya Allah senario jd selamat. Mksd aku, dri ekau jg punya peranan..hoho :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...