Amaran Meninggalkan Solat Berjemaah

 

  Hah, da dengar azan nih. Ape nak buat? Selawat dulu, then doa. Lepas tu? Haa, tepuk dada, tanya iman. Khusus buat kaum muslimin, kita benar-benar dituntut untuk solat secara berjemaah. Walaupun realitinya kini tidak begitu. Rata-rata mentaliti kita-kita ni "Hmm..solat berjemaah? Alaa, sunat je tu, solat sorang-sorangpun bole." Nyata, ringan sungguh kita letakkan perihal solat berjemaah di minda kita. Jangan cakap orang, hamba sendiri tidak terlepas. Ayuh kengkawan, ayuh kita koreksi diri. Hamba nak kongsi sedikit lembaran ilmu yang dipetik dari Kitab Fadhilat Amal, di dalam ruangan fadhilat solat, bermula dari m/s 74. K, tarik nafas panjang-panjanggg. Hembusss. Moh bace! Moh amal! Insya Allah (:



Amaran Kerana Meninggalkan Solat Berjemaah

 Sebagaimana Allah SWT telah berjanji untuk memberi ganjaran kepada orang yang mematuhi perintah-perintah-Nya, demikianlah juga Allah SWT murka dan mencela  orang yang tidak mematuhi perintah-perintah-Nya. Sesungguhnya setiap ganjaran merupakan satu anugerah Allah SWT yang berjanji untuk mengurniakan ganjaran yang tidak terhingga kepada hamba-hambaNya yang mengikut segala perintah-perintahNya. Sebenarnya, jika dihalusi dari segi tuntutan penghambaan, selayaknya kita menerima celaan sahaja, kerana memang menjadi kewajipan seorang hamba semestinya menyempurnakan segala perintah-perintah yang diperintahkan ke atasnya. Apakah patut seorang hamba itu menerima anugerah dan ganjaran bagi setiap perintah yang memang menjadi kewajipannya melaksanakan perintah itu? Sekiranya seorang hamba itu tidak mentaati perintah-perintah tuannya maka memang wajar dia menerima pelbagai azab dan memang patut dia dicela. Sebagai seorang hamba, tiada kesalahan yang lebih besar daripada kesalahan mengingkari perintah-perintah tuannya. Sebenarnya, sebagai hamba kita sepatutnya mengikut segala perintah-perintahNya dan tidak perlu lagi diberi sebarang amaran dan peringatan kepada kita. Namun kerana kasih sayang Allah SWT dan RasulNya terhadap kita, peringatan demi peingatan , amaran demi amaran diberikan kepada kita menerusi pelbagai cara. Oleh itu, jika kita masih tidak mahu mempedulikan dan tidak mahu memahami segala peringatan-peringatan itu maka kitalah yang rugi.


Hadis 1

Hazrat 'Abdullah  bin Abbas r.anhuma berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
" Sesiapa yang mendengar azan dan tidak pergi menunaikan solat berjemaah tanpa sesuatu sebab yang menghalangnya (uzur) daripada menyertai solat berjemaah maka solat yang dikerjakannya itu tidak akan diterima. " Para sahabat bertanya, " Apakah uzur itu? " Jawab Rasulullah SAW, " Takut atau sakit. " HR Imam Abu Daud dan Ibnu Hibban

Keterangan
  'Solatnya tidak diterima' bermaksud bahawa dia tidak akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT melalui solat yang dikerjakannya itu, sebaliknya hanya sekadar terlepas daripada kewajipan menunaikan solat fardu. Inilah juga yang dimaksudkan dalam hadis-hadis yang menyatakan bahawa solatnya tidak diterima. Walaupun kewajipannya sudah terlepas tetapi apakah gunayan amalan yang tidak mendapat ganjaran daripada Allah SWT? Ini merupakan pendapat Imam Abu Hanifah rah. Sedangkan, mengikut pendapat segolongan sahabat r.anhum dan tabiin yang berasaskan kepada hadis-hadis di atas bahawa meninggalkan solat berjemaah tanpa uzur adalah haram dan menunaikan solat berjemaah adalah fardu. Sehingga banyak ulama' turut berpendapat  bahawa seseorang yang mengerjakan solat dengan tidak berjemaah solatnya tidak sah. Mengikut pendapat Mazhab Hanafi, walaupun solat yang dikerjakan tanpa berjemaah tersebut sah tetapi masih bersalah kerana meninggalkan jemaah. Terdapat dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Hazrat 'Abdullah bin 'Abbas r.anhuma bahawa orang yang tidak menunaikan solat dengan berjemaah tidak mentaati Allah SWT dan RasulNya. Hazrat 'Abdullah bin 'Abbas r.anhuma juga berkata bahawa seseorang yang mendengar azan tetapi tidak menunaikan solat dengan berjemaah maka dia  tidak berniat untuk membuat kebaikan dan dia tidak akan diberi apa-apa pun kebaikan. Hazrat Abu Hurairah r.anhu berkata bahawa wajarlah dituangkan timah yang mendidih ke dalam telinga seseorang yang mendengar  azan tetapi tidak pergi untuk menunaikan solat berjemaah.



Hadis 2

Diriwayatkan daripada Hazrat Mu'az r.anhu daripada Rasulullah SAW bahawa Baginda SAW telah bersabda,
" Sungguh-sungguh zalim, kufur dan nifaq mereka yang mendengar penyeru Allah SWT yakni muazzin yang menyeru kepada solat tetapi mereka tidak pergi menyertai solat berjemaah. " HR Imam Ahmad dan Tabarani

Keterangan
  Betapa keras amaran dan ancaman dalam hadis ini yang menjelaskan bahawa meninggalkan solat berjemaah merupakan perbuatan orang kafir dan kelakuan orang munafik. Ini menunjukkan bahawa perbuatan itu sama sekali tidak boleh dilakukan oleh orang Islam. Sebuah hadis yang lain menjelaskan bahawa sungguh malang dan tidak bernasib baik seseorang yang mendengar seruan muazin tetapi tidak pergi menunaikan solat berjemaah.

 Hazrat Sulaiman bin Abi Hathmah r.anhu adalah di kalangan orang ternama yang lahir pada zaman Rasulullah SAW. Oleh kerana umurnya yang terlalu muda maka beliau tidak berpeluang mendengar hadis daripada Rasulullah SAW. Hazrat 'Umar r.anhu telah melantik beliau sebagai penjaga pasar. Pada suatu hari beliau tidak menghadiri solat subuh pada hari itu. Ibunya memberitahu bahawa sepanjang malam beliau sibuk dengan bersolat sunat sehingga rasa mengantuk telah menguasainya lalu beliau tertidur. Hazrat 'Umar r.anhu berkata, " Aku lebih suka menyertai solat subuh dengan berjemaah daripada bersolat sepanjang malam. "



Hadis 3

Hazrat Abu Hurairah r.anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,
" Sesungguhnya aku benar-benar berhasrat untuk menyuruh anak-anak muda mengumpul kayu api untukku, kemudian aku ingin pergi kepada mereka yang bersolat di rumah tanpa sebarang keuzuran lalu membakar rumah mereka. " HR Imam Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah & Tirmizi

Keterangan
  Nabi SAW yang begitu kasih dan sayang terhadap ummatnya dan tidak sanggup melihat sesiapapun mengalami apa-apa kesusahan walaupun sekecil-kecilnya tetapi Baginda SAW begitu marah terhadap mereka yang bersolat di rumah sehingga sanggup membakar rumah mereka.



Hadis 4

Diriwayatkan daripada Hazrat Abu Darda r.anhu bahawa berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,
" Sekiranya terdapat tiga orang di sebuah kampung atau padang pasir dan mereka tidak mendirikan solat berjemaah maka pasti syaitan akan menguasai mereka. Oleh itu, hendaklah kamu mengambil berat tentang solat berjemaah kerana sesungguhnya kambing yang bersendirian akan dimakan oleh serigala. " Dalam riwayat yang lain  menerangkan bahawa serigala bagi manusia ialah syaitan. HR Imam Ahmad, Abu Daud & Nasai

Keterangan
  Daripada hadis ini dapat difahami bahawa mereka yang sibuk di bawah ladang, sekiranya ada tiga orang maka hendaklah mereka menunaikan solat dengan berjemaah. Bahkan, sekiranya ada dua orang sahaja pun lebih baik jika mereka menunaikan solat dengan berjemaah. Umumnya, petani-petani langsung tidak menunaikan solat. Kesibukan dalam urusan pertanian sering dijadikan alasan bagi keuzuran mereka daripada menunaikan solat. Mereka yang dianggap soleh juga menunaikan solat bersendirian, sedangkan kalaulah petani-petani berkumpul menunaikan solat pada satu tempat  maka jemaah yang besar dapat didirikan  dan ganjaran pahala yang besar akan diperoleh. Untuk keuntungan duniawi yang sedikit mereka sanggup menyibukkan diri sepanjang hari tanpa menghiraukan panas terik matahari dan kesejukan dibasahi hujan, tetapi ganjaran yang begitu besar telah disia-siakan dan ganjaran tersebut langsung tidak dihiraukan. Sedangkan mereka akan mendapat ganjaran yang lebih banyak jika mereka menunaikan solat dengan berjemaah di sawah ladang mereka. Sehingga disebutkan dalam sebuah hadis, mereka akan memperolah ganjaran 50 kali ganda banyaknya. Dinyatakan dalam sebuah hadis apabila pengembala kambing berada di kaki bukit, melaungkan azan lalu menunaikan solat maka Allah SWT sangat-sangat menyukainya. Dengan rasa sukacita dan berbangga Allah SWT memberitahu kepada malaikat, " Lihatlah kepada hambaku itu. Dia telah melaungkan azan lalu menunaikan solat. Itu semua dilakukannya kerana takut kepadaKu. Aku telah mengampuninya dan telah membuat keputusan untuk memasukkannya ke dalam syurga. "


p/s:  Sebenarnya ada 6 hadis kalau tak silap dalam kitab tu.
        Tapi hamba lampirkan 4 je.
        Agak-agak nak ilmu lebih tu pegi la cari kitab ni yek.
        Selamat beramal (:

8 comments:

Ckin Kembaq said...

Terbaik! InshaAllah akan lbih kuat utk berjemaah..inshaAllah.. ^_^
tumpang tanya. Kisahnya mcm ni..

Ada org selalu gi masjid. Kalau boleh tak nak miss.cuma mashrib isyak bejmaah di masjid.satu hari ni, dia dah mula ajak kwn serumahnya berjemaah.kmudian, dia tak pergi dah msjid sbb jemaah dengan kwnnya...dia fikir, kalu dia gi masjid, kawannya pasti takkan boleh solat berjemaah.jadi, dia solat di rumah.pahala utknya dpt, utk kwnnya pun dpt.dia adalh prempuan.

Jadi, mana yang patut didahulukan?.......

solat di masjid @ solat berjemaah di rumah?....

en. shafiQ said...

insya Allah (:

soalan da d 4ward ke saudara Muhammad b. Md Ali (abg sdare), ringks je jwpnnya,

" 'Dia'2 adlh wanita? Kalau wanita maka sememangnya d rumah afdhal. Kalau 'dia' 2 lelaki maka sememangnya d masjid afdhal. Jd kalau dia lelaki maka ajaklah kwn dia ke masjid. Kalau kwnnya xnak, dia sndiri spatutnya ke masjid krn syi'arkn islam..ok "

camtulah, wanita an lebih afdhal solat d tmpt yg tersorok. Tp tiada hlgn lgsung utk berjemaah d msjd. Dlm situasi d ats, pndpt 'hamba' mmg eloklah dia solat d rumah berjemaah dgn shbt dia. Yela, dlm usaha dakwah. Dlm menjwb persoalan Cik Ckin, maka bg wanita solat d rumah lebih patut didahulukan dgn mengambil kira fadhilat2nya. Bole bace kt SINI.

Mudah-mudahan sedikit-sebanyak membantu. Maaf ats segala khilaf jika ada. Allahu'alam (:

Ckin Kembaq said...

mcm tu rupanya.... ^_^ sebabnya adalah si rakannya tu nak study di rumah..katanya..sebab tu dia tak nak ke masjid...kalu itu jawapannya, inshaAllah akan dilakukan...syukran menjawab persoalan.... ^_^ tp, jika si 'dia' ni ke kuliah pada hari tertentu, tidaklah mendatangkan kekurangan pahala kan?.....sebab tak berjemaah dengan rakannya?....

en. shafiQ said...

Tiada langsung halangan untuk berjemaah d msjd, apatah lg utk mendalami ilmu. Eloklah fokus diletakkan pd rakan itu. Mudah-mudahan dy dpt turut serta mendalami ilmu d rumah Allah. Xpe, ade kuliah kite join, kalau xde kite berjemaah d rumah. x gitu?hehe ^^

Maaf ler, hamba jwb 'pasar2' je. Masih dhoif. Maaf atas segala khilaf jika ada. Allahu'alam (:

Ckin Kembaq said...

inshaAllah..akan dilaksanakan sebaiknya....xapa, minta pendapat....agar mudah nak nilai.. ^_^ btw, syukran...

p/s : sama2 beljar..inshaAllah.. ^_^

en. shafiQ said...

insya Allah (:

Sekadar hadis tidak cukup menguatkan hati tentang solat berjemaah ini. Sila keluarkan surah mana dan ayat mana dalam al quran berkaitan solat berjemaah. Sila tunjukkan yang hak dan tolong hapuskan yang batil.

Zul Uquul said...

Bahkan bercakap bahawa dgn hadis tdk cukup utk menguatkan hati sy kira sebagai tdk beradap kpd baginda Rasul. Sedangkan wahyu Baginda SAW itu jg dtgnya dari Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...