Solat Adalah Cahaya


"Solat adalah cahaya." Kerana solat yang didirikan akan menyinari isi kepala dengan fikiran-fikiran positif, logik dan jernih. Hati akan jadi terang dan jiwa tenang yang membawa kepada amalan dan sikap yang ceria.

"Solat adalah cahaya." Kerana mengajak dan melorongkan sikap serta perilaku ke jalan yang lurus, jauh dari perkara kemungkaran, kejahatan, kekejian dan kezaliman serta kemaksiatan yang menyebabkan kemurkaan Allah SWT.

"Solat adalah cahaya." Kerana dada bakal disinari cahaya Makrifah; kecerdasan memahami kewujudan Allah SWT dengan takrif hakiki, yang membuatkan seseorang itu mampu menyingkap dimensi rahsia-Nya di sebalik realiti dunia ini.

"Solat adalah cahaya." Benar-benar mewujudkan cahaya di wajah orang yang mendirikannya. Wuduk yang sempurna akan membuat wajah seseorang itu di negeri akhirat nanti berkemilauan, bahkan dalam kehidupan dunia ini wajah kelihatan sejuk, tenang dan jauh dari kekusutan. Rasulullah SAW menjelaskan:
"Sesungguhnya umatku bakal dipanggil Allah SWT dengan tubuh bercahaya oleh sebab biasan wuduk mereka. Barangsiapa di antara klalian yang memperelokkan wuduk, maka hendaklah dia melaksanakannya." HR Bukhari



- Dipetik dari  buku  
  Menyukat Solat Diri
- Tulisan Misbah Em Majidy
- Must reads!                                                  
Powered by Blogger.