Cemerlang Akademik Berlandaskan Islam. Bagaimana?


1)   Perbetulkan niat
  Mari kita menyemak kembali niat sebenar kita dalam menuntut ilmu. Adakah semata-mata kerana Allah ataupun sekadar menurut kemahuan ibu bapa? Melihat kepada situasi umat Islam pada masa kini, alangkah indahnya jika kita dapat berniat dalam menuntut ilmu supaya sedikit sebanyak kita dapat menyumbang kepada dunia Islam. Ikhlaskanlah hati kita dalam menuntut ilmu supaya kemanisannya dapat kita rasai. Di situlah mulanya putik-putik keazaman, usaha, gigih, ingin tahu, dan sebagainya.


2)   Kaedah belajar

- Nota sendirian berhad
Setiap pelajar perlu ada nota mereka sendiri. Kesilapan yang sering berlaku kini ialah apabila para melajar sekadar mengharapkan nota-nota dari pensyarah, hinggakan jika pensyarah tidak memberikan nota, ia menjadi satu kesalahan. Sedangkan kepentingan yang sebenarnya terletak kepada nota kita sendiri. Di mana nota itu lahir dari benak fikiran kita, zahir dari pemahaman kita. Semasa proses pembelajaran berlaku, semasa kuliah sedang berjalan, catitlah nota kerana dengan begitu kita akan menggunakan seluruh pancaindera kita. Natijahnya otak kita akan berfikir dengan aktif. Jagalah senjatamu wahai pelajar, pen dan kertas, iaitu alat untuk menulisdan alat untuk ditulis (:

- Latihan
Suasana yang biasa bagi pelajar di IPT akan menghadapi tutorial, kuiz, test dan sebagainya. Itulah sebenarnya latihan-latihan yang disediakan bagi meningkatkan pemahaman kita. Secara tidak langsung ia akan mengenalpasti kelemahan kita. Itu latihan yang disediakan, bagaimana dengan latihan kita sendiri? Perbanyakkanlah latihan.

- Soalan-soalan final  yang lepas
Awas! Elakkan untuk mencari soalan-soalan final yang lepas di  akhiran-akhiran waktu semasa hendak tibanya waktu peperiksaan akhir. Seelok-eloknya mulakanlah dari sekarang. Jika kita perasan, soalan-soalan peperiksaan akhir, bentuknya lebih kurang sama, itulah yang kita perlu kuasai.

Dari mana nak dapatkan?
- Library
- Senior
- Pensyarah


3)   Mohon pada Allah
  Jangan putus berharap pada Allah. Mohonlah, kerana kita hanyalah hamba-Nya yang lemah. Budayakanlah amalan solat hajat. Jangan mengharapkan doa dari orang lain. Kita dianjurkan untuk meminta sendiri apa yang dihajatkan daripada Allah SWT. Janganlah pula ditunggu hingga hampir tiba masa peperiksaan baru nak solat hajat, baru nak meminta. Mulakanlah dari sekarang. Setelah puas kita meminta, memohon, dan mengharap, kemudian bertawakkallah. Sesungguhnya setiap ketetapan-Nya tersirat hikmah.


p/s: Jalan dah terbentang, hanya  tinggal kita untuk menapak. Kaedahnya telahpun kita ketahui, hanya tinggal kita untuk usahakan. Insya Allah, sebar amalkan (:


     Diskusi Ilmu
En. Radhi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...