Soal Aqidah


 Alkisahnya, bila aku bosan.. .

   Siyes, boring memang boring. Nak tidur, tapi sebenarnye akal aku sendiri da akui yang kalau aku tidur sekarang bermakna aku talah mengambil tindakan yang paling tidak bernas kerana peratusan untuk aku bangkit subuh nanti amat rendah. Itu yang otak aku bagitau aku r, but bukan nafsu aku. Nafsu aku pulak kate, “Kalau nak, bole je kau tido kejap, 5 minitpun cukup, sekadar kau hilangkan penat.” Ceytt! Podaaaa..pelik an, kadang-kadang kita tau n kita sedar yang kita sedang ditipu nafsu kita sendiri, kita ditipu musuh kita yang nyata, tapi acap kali kita terpedaya, acap kali kita dikalahkan, walaupun sebenarnya di dalam keadaan kita yang sememangnya sedang sedar. Apa maknanya? 


   Sejak kebelakangan ni, aku sering terfikirkan soal aqidah, aku terasa segala permasalahan yang berlaku terhadap umat Islam sekarang adalah berkisar tentang soal aqidah. Pelik gak, kenapa aku rasa macam tu, sedangkan kebanyakan di antara kita akan merasakan, “Aqidah? Aqidah soal budak-budak sekolah rendah je r, time kite kecik-kecik dulu kite belajar r bende tu, takkan sekarangpun kau nak persoalkan lagi.” Hah amek, sedar x sedar, betapa remehnya kita letakkan pemikiran kita tentang soal aqidah. Sebagai contoh, dalam soal solat, jangan cerita bab solat ke tak solat, sekarang kite cerita bab kita dituntut untuk solat di awalan waktu. Aku yakin, contoh kita, para sahabat di zaman Rasulullah SAW, berlumba-lumba utk solat awal. Bahkan Rasulullah sendiri menunjukkan contoh tauladan yang sebegitu rupa. Tapi mengapa kita kini (bila aku gune terms ‘kita’ means termasuk diri aku sendiri) sering melengah-lengahkan waktu untuk menunaikan solat? Mengapa? Jika kita ajukan soalan tu kepada orang ramai, nescaya kita akan dapat pelbagai jawapan mengikut pendapat masing-masing. Tapi pokoknya, persoalannya, jawapannya, semuanya berkisar pada persoalan aqidah. Fikirkan mengapa Rasulullah dan para sahabat baginda berlumba-lumba dalam beramal? Kerana pegangan aqidah mereka yang cukup kuat! Betapa kuatnya pegangan mereka terhadap kekuasaan Allah yang Maha Kuasa! Betapa kuatnya pegangan mereka terhadap kehadiran Hari Kiamat! Wujudnya Hari Akhirat dimana kita semua akan dihisab kelak! 

   Begitulah, yang akal ini fikirkan, menggunung tinggi dosa yang telah dilakukan, menggunung tinggi kesalahan yang dilakukan, semuanya berkisar kepada persoalan aqidah. Mungkin pegangan aqidah kita sudah benar, benar berada di landasannya. Tapi persoalannya kini, sekuat manakah, seteguh manakah pegangan aqidah kita itu? Jika ditanya pada diri, mungkin juga diri ini hanya akan berdiam. Itu tandanya betapa setiap insan di atas muka bumi Allah SWT ini amat perlu untuk sentiasa bermuhasabah diri. Kita yakini, kitalah umat akhir zaman, umat yang bakal berhadapan dengan Dajjal! Jadi, kita amat memerlukan kekuatan sebagaimana umat di zaman Rasulullah SAW dahulunya, kekuatan umat generasi al-Quran. Generasi yang mulanya dididik selama 13 tahun dengan ayat-ayat yang berteraskan aqidah, soal mentauhidkan Allah, soal-soal keimanan. Jadi marilah kita mengambil iktibar. Sedikit sebanyak, kita bermuhasabah, insya Allah ~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...