Salam Aidilfitri (:

   Salam lebaran hamba ucapkan kepada saudara-saudari seagama sekalian, selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Apa maksud Aidilfitri? Ia bermaksud 'kembali kepada fitrah'. Sebulan puasa, sebulan kita menjalani tarbiah Ramadhan, yakinkah kita bahawa kita sudah mendapat output Ramadhan yang sebenar yakni taqwa kepada Allah? Layakkah kita berhari raya? Ambillah masa, renungkan kembali. La tahzan, bukan namanya hamba jika kita tidak berusaha, yakinlah jalan-Nya tidak pernah tertutup bagi hamba yang sentiasa berusaha menhampiri-Nya! Biarlah bagaimanapun kita tersungkur, pastikan kebangkitan kemudiannya lebih teguh dan jitu! insya Allah. Hari ini, di pagi ini, hamba mengambil peluang untuk memohon seribu kemaafan kepada sesiapapun yang pernah hamba sakiti, kasari, ataupuun apa-apa sahaja sama ada semasa sedar atau tidak, hamba minta maaf. Buat keluarga, sanak saudara yang hamba cintai, mudah-mudahan hamba akan menjadi insan yang lebih memberi manfaat, berbakti pada kalian semua. Kepada sahabat-sahabat, hamba bertuah mempunyai sahabat-sahabat seperti kalian, yang banyak mematangkan, yang banyak memberi dorongan, banyaknya hikmah bila bersahabat! Jika kita faham erti persahabatan, masya Allah, tidak mengapa puasa seketika, pasti raya kan kunjung tiba (:

   Raya-raya ni kita disunatkan untuk melafazkan takbir secara terang-terangan, tanda kemenangan kita semua. Mari kita hayati sikit apakah maksudnya takbir yang kita laungkan kelmarin hingga ke hari ini.






























Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah 
dan Allah Maha Besar, 
Allah Maha Besar dan segala puji-pujian 
hanya layak begi Allah.

Allah Maha Besar yang teramat besar,
segala puji bagi Allah yang teramat banyak,
Maha Suci Allah pada waktu pagi dan petang,

Tiada Tuhan melainkan Allah 
dan tidak ada yang kami sembah melainkan Allah.
Kami ikhlas kepadanya (mengikut ajaran agama Islam) 
sekalipun dibenci orang kafir.

Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal,
Yang menepati janjinya, Yang menolong hambanya,
dan yang memuliakan tenteranya 
dalam mengalahkan tentera al-Ahzab 
dengan sendiri (kekuasaan-Nya),
tidak ada Tuhan melaikan Allah 
dan Allah Maha Besar dan segala puji-pujian 
hanya bagi Allah.

 
   Laungkannya! Semat ia dalam sanubari. Hamba ulangi, salam lebaran buat semua, dengan harapan tarbiah Ramadhan jangan kita sia-siakan. Insya Allah ~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...